Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Abdul Hamid Bador berkata, beliau pernah diarahkan bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan persetujuan supaya tidak menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara terbuka.

Bekas pegawai tinggi PDRM itu berkata pertemuan bersama bekas perdana menteri itu dilakukan beberapa kali, sejak kira-kira tiga tahun lalu.

“Saya jumpa Tun (Dr M) sebab diarahkan bos saya untuk dapatkan pandangan dan dapatkan persetujuan beliau untuk tidak buat sesuatu.

“Beliau (Tun) akur pada mulanya, dengan kata tidak akan serang perdana menteri secara terbuka.

“Tiga tahun lalu, saya berjumpa Tun untuk cakap perkara itu,” katanya pada sidang media di Kota Damansara hari ini. – Malaysiakini

bador mahathir

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share