Tidak ada satu sen pun daripada AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak datang daripada dana pencen kerajaan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – Gambar Sinar Harian

Timbalan perdana menteri berkata, wang itu bersumberkan hanya seorang penderma dari Timur Tengah, dan ia disalurkan melalui pelbagai syarikat untuk mengelak daripada dikesan.

“Tiada wang KWAP digunakan oleh Umno atau didepositkan ke dalam akaun Najib. Saya lihat dokumen-dokumennya,” kata Zahid ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri Gading hari ini.

“AS$100,000 yang pertama adalah cek atas nama Najib. Pemindahan dana berikutnya melalui pelbagai saluran dan firma kerana penderma tidak mahu dilihat yang satu cek besar ditulis di bawah nama Najib.

“Pada kesudahannya, semuanya dibuat untuk membantu kita, sebagai pembiayaan politik.”

Beliau tidak menamakan identiti penderma itu, dan berkata, jika pembangkang ingin tahu siapa penderma itu, mereka mesti mendedahkan sumber dana mereka sendiri terlebih dahulu. – TMI

* Grafik ihsan The Malaysian Insider

najib kaya duit

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share