Antara jambatan bengkok dan jasa Tun Abdul Razak

Tidak ramai yang mengetahui seorang komunis memberikan sumbangan besar kepada penggubalan Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang mereformasikan dasar ekonomi negara dengan drastik, radikal dan berani yang bertentangan dengan ideologi pasaran bebas membenarkan campur tangan kerajaan bagi membetulkan ketidakseimbangan ekonomi negara.

Ini tidak akan berlaku sekiranya Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak tidak bersikap terbuka kepada sebarang idea ke arah perubahan dinamik dan membataskan pemikirannya dalam menghadapi cabaran kaumnya sendiri yang mahu suatu perubahan segera kepada taraf kehidupan mereka selepas peristiwa berdarah 13 Mei, 1969.

Dalam keadaan inilah Abdullah Ahmad, setiausaha politik kepada Tun Razak menemukan Tun dengan beberapa orang intelektual radikal yang pernah ditahan di Singapura kerana fahaman kiri mereka.

Di antara mereka ialah wartawan A Samad Ismail, Abdullah Majid, Agoes Salim, Dr Ungku Omar dan James Puthucheary tetapi yang paling menarik perhatian Tun Razak ialah formula yang dikemukakan James berasaskan pada bukunya Ownership and Control In The Malayan Ekonomy yang ditulisnya semasa tahanan politik di Singapura dalam 1950-an.

James Puthucheary  dan Lee Kuan  Yew - www.straitstimes.com
James Puthucheary dan Lee Kuan Yew – www.straitstimes.com

Kepada James hanya satu cara untuk membawa orang Melayu ke aliran perdana ekonomi iaitu dengan campur tangan langsung kerajaan memberikan pembiayaan menerusi Perbadanan Berkanun.

Di Singapura Perdana Menterinya Lee Kuan Yew amat bimbang apabila bekas tahanan politiknya yang berfahaman Marxist yang pernah ditungganginya untuk kepentingan politiknya berada di keliling Tun Razak malah Tun melantik James sebagai ahli Majlis Perpaduan Nasional dan juga Majlis Perundingan Negara.

Lee terus merasa tergugat sehingga selepas Tun Razak meninggal dunia yang membuatkannya menghasut Tun Hussein Onn yang mengambil alih jawatan perdana menteri supaya menangkap Samad.

Beliau memberitahu Tun Hussein yang menemuinya selepas kematian Tun Razak ada penyusupan komunis dalam media Malaysia termasuk aktiviti Samad ahli Parti Komunis Malaya (PKM) dan juga rakan-rakannya dari Singapura sejak 1950-an.

Lee memberitahu Tun Hussein bila Tun Razak menjadi perdana menteri, Samad mendapat tempat dalam Umno dan menjadi tokoh “powerful” dalam New Straits Times dan Berita Harian dan menghimpun rakan sekutunya di keliling Razak.

Menurut Lee, Tun Hussein bersetuju untuk menangkap mereka (buku Memoir Lee Kuan Yew From Third World to First halaman 272) . Di bawah pengaruh Ghazali Shafie yang membawanya menemui Lee sebaik saja Tun Razak meninggal dunia, Tun Hussein percaya kepada hasutan ini.

Lee tidak senang dengan Tun Razak dan menggagapnya sebagai orang yang tidak boleh dipercayai. Katanya “The dificullty with Tun Razak however, was that every now and then he would change his mind and reopen an item already agreed upon (Memoir LKY From Third World to First – Halaman 270).

Perdana menteri yang cerdik Tun Dr Mahathir Mohamad dapat menciumi ketakutan Lee bila mengetahui Samad membawa rakan-rakannya yang merupakan musuh utamanya (termasuk James Puthucheary) mendekati Tun Razak dan membantu beliau bagi penggubalan Dasar Ekonomi Baru selepas peristiwa 13 Mei.

Maka itu sebaik saja berkuasa Tun Dr Mahathir membebaskan Samad dan rakan-rakannya yang dituduh sebagai komunis dan kerana perasaan terhutang budinya juga kepada Tun Razak yang mencalonkannya sebagai perdana menteri, maka beliau sangat sentimental mahukan jambatan bengkok didirikan sebagai tugu untuk mengingatkan rakyat Malaysia kita mempunyai jiran yang serong dan tidak boleh dipercayai.

Jika Tun Razak dan timbalannya Tun Dr Ismail masih hidup, Samad dan sekutunya tidak mungkin terimanya kerana mereka mengetahui sumbangan Samad dalam mendekatkan beberapa orang nasionalis kiri untuk merangka suatu dasar kukuh bagi menegakkan sebuah masyarakat yang adil di Malaysia.

Tun Dr lsmail dalam bukunya The Reluctan Politician dengan tegas mengakui sumbangan besar James kepada Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang mengimbangi antara keperluan rakyat miskin dan ketamakan kaum peniaga, usahawan besar dan pemodal asing.

Kata Tun Dr Ismail:”It is difficult to dismiss the claim that Puthucheary exerted a strong influence on the formation of NEP. The thrust of his argument was that state intervention through public corporation was required if the imbalance resulting from the colonial economic structure and their lasting effect on inter-ethnic relations were to be rectified.” (Halaman 216).

James pernah bersama Tun Dr Mahathir, Samad, Musa Hitam dan Abdullah Ahmad ke Persidangan Perpaduan Afro Asia di Ghana pada 1964 dan dalam 1965 menyertai Tun Dr Ismail ke Algeria.

Saya merasa gembira dalam ceramah pertama saya sebagai Tenaga Adjung Universiti Putra Malaysia(UPM) kepada BA Eksekutif pada 15 Ogos lalu dapat menyampaikan pandangan saya kepada siswa yang ramai terdiri daripada kaum India tentang bagaimana besarnya daya intelektual James dalam membantu memberikan sumbangan kepada affirmative action untuk keadilan sosial dan ekonomi negara ini.

Bagaimanapun saya sedih jasanya tidak dikenang dan tidak dihargai. Saya sendiri memikirkan seperti Seniman Agung P Ramlee dan juga pejuang tulen lainnya, James tidak meminta jasanya diingati tetapi jika Anugerah Posthumous Tan Sri boleh diberikan kepada P Ramlee maka apakah salahnya anugerah yang sama diberikan kepada James walaupun beliau seorang Marxist atau komunis.

James bukan seorang Melayu dan beliau juga tidak percaya kepada agama tetapi sebagai seorang nasionalis pemikirannya melampaui agama dan bangsa yang terbukti daripada pemikirannya dan sajaknya.

Sebuah sajaknya mengambil sepotong ayat yang sering disebut dalam Al-Quran ll Sirat ul Mustaqin yang diciptanya ketika dalam penjara politik di Singapura (1951-1952) bersama Samad, Abdullah Majid, Devan Nair dan beberapa lagi nasionalis kiri yang dicap oleh British sebagai English Speaking Intelligentsia (ESI). – zamkata.blogspot.com, 20 Ogos, 2015.

II Sirat ul mustaqin (The path to truth)

Azan

The muezzin calls the faithful to Subuh prayer

Allah u Akhbar! Allah u Akhbar!

In Prison cells the faithful face the Ka’aba

Bismillah ir Rahman ir Rahim

Men bitter against oppressing men

Yet with faith in the mercies of merciful God.

God

Timeless yet embodies in time

Nameless yet name and invoked by name

God

Explanation of the inexplicable by thought and time

God

Maker of man yet made by man

A problem without solution

A solution elusive as death to a phonenix

A solution seeking understanding

* Tan Sri Zainuddin Maidin ialah bekas menteri penerangan.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan kami.

* Grafik kredit Free Malaysia Today

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share