Tiada campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Peguam Negara berhubung isu 1MDB, kata Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini.

Menurut peguam negara yang baru itu, mereka adalah bebas bertindak dan membuat keputusan sendiri mengikut undang-undang.

Mohamed Apandi ditanya mengenai tindakan susulan dibuat Pejabat Peguam Negara berhubung kertas siasatan dikemukakan Bank Negara Malaysia yang mencadangkan tindakan sewajarnya diambil.

“Saya (bertindak) tidak memilih warna atau apa saja,” katanya kepada Malaysiakini.

Mohamed Apandi dilantik menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail pada 27 Julai lalu.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu juga mendedahkan, Pejabat Peguam Negara masih dalam proses mengkaji kertas siasatan dikemukakan Bank Negara. – Malaysiakini

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share