Bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin disambut dengan tepukan semasa ketibaannya dengan teriakan ” Hidup Tan Sri! ” manakala Ahmad Maslan mendakwa hanya dua orang yang mengejek beliau.  – Gambar Free Malaysia Today

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi dan mengundang kemarahan orang ramai “diboo” perwakilan kawasannya sendiri semasa Mesyuarat Bahagian Pontian hari ini.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi dan mengundang kemarahan orang ramai "diboo" perwakilan kawasannya sendiri semasa Mesyuarat Bahagian Pontian hari ini.  - Gambar TMI
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi dan mengundang kemarahan orang ramai “diboo” perwakilan kawasannya sendiri semasa Mesyuarat Bahagian Pontian hari ini. – Gambar TMI

Ahmad, yang juga timbalan ketua bahagian Pontian “diboo” hampir 3 kali setiap kali namanya disebut dalam mesyuarat yang dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Muhyiddin dalam ucapannya juga terpaksa menasihati perwakilan supaya tidak menghina wakil rakyat mereka itu, sebaliknya menegur secara baik.

“Jangan boo beliau, beliau timbalan ketua bahagian kamu,” kata Muhyiddin selepas perwakilan menyorak “boo” kepada Ahmad semasa mengucapkan tahniah kepadanya kerana masih menjadi menteri.

Malah, Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad juga menegur Ahmad secara terbuka semasa mesyuarat yang berlangsung hari ini dengan mengatakan Umno bukan parti untuk pengampu.

“Umno ini bukan pengampu,” katanya yang mendapat sorakan hebat daripada perwakilan lapor The Malaysian Insider.

Manakala ketika ditemui wartawan Malaysiakini kemudiannya, Ahmad telah ditanya apa yang dia fikir penerimaan yang diterima daripada para perwakilan pada hari ini. “Hanya dua orang yang mencemuh, bukan?” katanya, sebelum berjalan pergi.

Baca: Najib terpaksa ‘singkir orang’ selepas draf pertuduhan muncul, kata Rahman Dahlan – TMI

Video: Muhyiddin mereka ahli Umno nak kata kencing soal dialah, jangan ugut!

Baca: Jutawan arab derma 2.6 bilion terus masuk akaun Najib kerana rajin lawan ISIS

ahmad maslan pontian
Ahmad Maslan dan Najib Razak BFF – Gambar FMT

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share