Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membenarkan perhimpunan BERSIH 4.0 diadakan di Dataran Merdeka.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Md Amin Nordin Abdul Aziz berkata, DBKL berhak untuk tidak membenarkan BERSIH 4.0 diadakan di Dataran Merdeka kerana lokasi itu tidak sesuai.

Sebaliknya, DBKL sedia mempertimbangkan kebenaran BERSIH 4.0 diadakan di Padang Merbok atau Stadium Merdeka.

Bagaimanapun, katanya, belum ada sebarang permohonan daripada pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu pada 29 dan 30 Ogos akan datang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 30 Julai lalu berkata, BERSIH 4.0 boleh diteruskan sekiranya penganjur mematuhi peraturan dan undang-undang dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Khalid berkata, polis tiada masalah untuk membenarkan himpunan berkenaan sekiranya syarat berkenaan dipatuhi oleh pengajur.

Baca: Pasaran hukum ringgit kerana Najib membisu – PKR

Baca: Najib boleh kekal PM tetapi ekonomi tidak stabil, kata wartawan veteran

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share