Oleh Mohamed Fudzail

Cakaplah apa sahaja
retorik dan justifikasi
suci dalam debu
maksum penuh kelabu
satu dunia sudah tahu
siapa perompak
siapa penyangak
siapa pembohong tegar
yang berulang mengulang
tidak tahu malu
tidak peduli halal haram
siri perompakan dan pembohongan
mengkhianati amanah dan mandat.

Berlakunlah terus
politikus berdarah pahlawan bacul
di pentas maharaja lawak
dengan sorakan penyokong berani mati
mempertahankan kecurangan moral
melaungkan kesetiaan membabi buta
walau dikencing hari-hari
walau diliwat sebuas nafsu
walau segalanya terang bersuluh
bilion bilion masuk akaun peribadi
tanpa nama perderma dan audit
kunun-kunun sebagai derma parti
satu dunia sudah tahu
sedekah daripada poket awam
yang berlegaran dari bank ke bank
jejak korupsi paling jahanam
menghimpun kedurjanaan perjuangan
survival seorang pengkhianat
dalam sejarah ketuanan bangsat
menuju saat kemuflisan negara! – 11 Ogos, 2015

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/satu-dunia-sudah-tahu-mohamed-fudzail

LAWAK NAJIB DERMA FACEBOOK

KEBAIKAN KEKELAKARAN 1MDB & DERMA tongue emoticon
Dalam satu grup WhatsApp saya terbaca catitan berikut dari Ganseh LUCKY STAR:
Nampak tak?
Nampak!!!!!!!!
Tipu tabung haji – Melayu xde hal
Tipu 1MDB – Melayu xde hal
Tipu NFC – Melayu xde hal
Tipu MARA – Melayu xde hal.
TIPU BELI HANDPHONE – Satu Malaysia Melayu turun.
Terbukti bukan UMNO atau PAS yang boleh menyatupadukan orang Melayu tetapi HANDPHONE OPPO.
OPPO Berjaya menyatukan Melayu.
Tapi sekarang bagaimana semua bangsa yang menjadi rakyat Malaysia boleh bersatu.
Nampak tak?
Nampak!!!!!!!!
1MDB yang boleh buat semua bangsa dalam
Malaysia bersatu.
OPPO menyatupadukan Melayu
1MDB menyatupadukan semua bangsa rakyat Malaysia.
Semua orang bersatu HENTAM 1MDB.

MRM – Kredit Tan Sri Sanusi Junid

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share