Bersama penemuan serpihan pesawat MH370 Malaysia Airlines di Pulau Reunion yang hilang selama 515 hari ialah lembaran ayat suci Al Quran yang bertulis kalimat di bawah secara spesifik menyebut perkataan Tammat menarik perhatian penulis.

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. – (Al-An’aam 6:115)

mh370 al quran

Ada pengguna di media sosial mengatakan lembaran Al Quran itu bukan berasal dari Asia Tenggara kerana terdapat daftar percetakan ia dihasilkan di India dalam bahasa Urdu, namun apa yang ditekankan ialah perkataan tammat sudah kalimah tuhanMu serta kalimah seterusnya seperti di bawah:

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. – (Al-An’aam 6:116)

Demi sesungguhnya tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu sia-sia dan pasti ada sesuatu yang boleh direnung dan dibaca dari mesej sakral kepada yang mahu meneliti dengan arif.

Segala puji bagi Allah atas kemurahannya memberikan petunjuk kepada rahsia MH370 semoga akan ada lagi signal-signal kekuasaanNya yang boleh kita baca dan teliti dari pencarian selanjutnya pesawat MAS MH370 Malaysia Airlines. – Ana Ghoib, Pulau Besar Melaka


Laporan Utusan Malaysia: Penduduk Pulau Reunion semalam menyerahkan senaskhah al-Quran bersalut plastik kepada pihak berkuasa Perancis yang ditemukan mereka semasa mencari serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di pantai timur pulau itu.
mh

“Naskhah itu mungkin dari Malaysia, Indonesia atau Brunei yang majoriti penduduknya adalah Islam,”’ kata seorang wartawan Malaysia ketika ditanya oleh media tempatan mengenai buku bersalut plastik itu.

Wartawan itu menambah, al-Quran berkenaan yang merupakan penemuan terbaharu penduduk pulau juga berkemungkinan dari Mindanao, Filipina.

“Namun secara realitinya, naskhah itu berasal dari mana-mana negara Islam,” kata wartawan itu yang namanya tidak didedahkan sebagaimana lapor portal Telegraph.

Peningkatan penemuan serpihan yang diserahkan di Pulau Reunion meningkatkan keinginan dalam kalangan waris 239 penumpang yang mahu mereka dibawa ke pulau itu.

Baca: Penemu serpihan MH370 terima pujian seakan selebriti di Pulau Reunion

Sementara itu, kerajaan Perancis terus meningkatkan usaha mencari serpihan pesawat MH370 dengan menambah jumlah helikopter dan sebuah kapal terbang peninjau di Pulau Reunion manakala bot memantau di laut.

“Atas arahan Presiden dan Perdana Menteri Perancis, aset tambahan maritim dan pasukan udara dikerahkan bagi mengesan serpihan di sekitar Pulau Reunion,” kata kementerian pertahanan, pengangkutan dan laut dalam kenyataan bersama.

Tambah kenyataan itu, pihak pentadbir Pulau Reunion akan menyelaras operasi berkenaan yang akan dilakukan oleh angkatan tentera di Zon Lautan Hindi Selatan.

Polis pulau berkenaan akan turut menjalankan pengawasan.

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share