Pembersih pantai Johnny Begue yang menemukan bangkai MH370 menjadi seperti bintang di Pulau Reunion. – Foto Telegraph

Johnny Begue mendapat perhatian global di pulau Perancis yang kecil Reunion, dipuji sebagai seorang wira di media sosial.

Dia hanyalah pekerja biasa yang ditugaskan untuk membersih kawasan pantai di bandar Saint-Andre di Pulau Reunion. Minggu lalu ketika sedang mencari batu kecil untuk dijadikan lesung menggiling cili, Begue menemui ‘objek aneh’ yang dia percaya serpihan sayap pesawat.

Begue kemudian menelefon sebuah stesen radio kegemarannya untuk memaklumkan pada deejay bertugas, namun operator yang menjawab panggilan enggan melayannya kerana ingatkan ia cuma satu gurauan atau ‘panggilan hangit’.

Akhirnya salah seorang rakan Begue melayari internet dan terjumpa artikel mengenai MH370 lalu memaklumkan kepada pihak polis. Siapa sangka rupanya dalam berbilion penduduk dunia, Tuhan telah memilih beliau untuk menemui serpihan pesawat tersebut sekaligus menyelesaikan misteri 515 hari pencarian MH370!

“Saya tidak menyedari bahawa pergi mencari anak lesung untuk menumbuk cili menjadikan saya dikenali ramai,” kata Begue yang pada mulanya mahu menjadikan serpihan itu perhiasan di rumahnya.

Kita terhutang budi pada Johnny Begue, serius! #prayformh370 #mh370

Johnny Begue mh370

Pasukan mencari menggunakan pesawat pengangkut kecil tentera sedang dalam pencarian selain menggunakan tiga helikopter polis dan tentera laut serta tiga buah bot di kawasan timur pantai di pulau milik Perancis itu.

Usaha mencari lebih banyak serpihan pesawat MH370 disambung semula hari ini di Pulau Reunion selepas ditangguhkan sejak Jumaat kerana cuaca buruk, demikian menurut laporan Agence France-Presse (AFP).

Agensi berita itu melaporkan sebuah pesawat berlegar di ruang udara sementara pasukan mencari menjalankan pencarian di kawasan timur pantai di pulau milik Perancis itu.

“Unit-unit tentera laut dan polis akan dikerah hanya jika serpihan dijumpai di laut,” kata pejabat kerajaan tempatan dalam satu kenyataan, yang memetik AFP.

Menurut agensi berita itu, pasukan mencari menggunakan pesawat pengangkut kecil tentera dalam pencarian selain menggunakan tiga helikopter polis dan tentera laut serta tiga buah bot.

AFP melaporkan usaha mencari juga dijalankan di pulau Mauritius yang terletak berhampiran.
Awal pagi Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengunumkan serpihan dikenali sebagai flaperon (komponen sayap pesawat) yang dijumpai di Pulau Reunion ialah milik Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Rekod penyelenggaraan dan tanda pengesahan (seal) teknikal pada flaperon bukti konklusif serpihan tersebut ialah dari pesawat MH370.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang dari imbasan radar pada 8 Mac, 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal. – Bernama

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share