Abdul Rahman Saud, 63, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dipangku jiran tetangga yang membantunya menatap wajah ibunya Meliah Md Diah. – Foto Sinar Harian

Meliah Md Diah ibu mithali sejati meninggal dunia mengingatkan penulis bagaimana Rasulullah menyebut kasih Allah kepada hamba hambaNya lebih besar dari kasih seorang ibu kepada anak. Sebagai renungan bersama dan Al Fatihah untuk ibu mulia ini yang meninggal pula di malam penghulu hari Jumaat – #anaghoib

Jenazah Meliah Md Diah warga emas yang berusia lebih 100 tahun selamat dikebumikan pada jam 3.30 petang Jumaat di Tanah Perkuburan Masjid Nako, Nambua, Kuala Nerang, Kedah.

Allahyarham sebelum ini disahkan meninggal dunia pada jam 2.50 pagi tadi akibat sakit tua.

Meliah Md Diah meninggal dunia

Kisahnya membesarkan anak lelakinya yang kurang upaya sebelum ini menjadi viral di laman sosial.

Dia yang kematian suami 20 tahun lalu berseorangan menjaga anaknya Abd Rahman Daud, 62 tahun yang menghidap sawan sejak lahir.

Meskipun dibataskan keadaan fizikalnya yang dimamah usia, Meliah tetap mengalas amanah menjaga anak bongsunya.

Kisahnya kemudian mendapat perhatian orang ramai termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Negeri Kedah, Badrol Hisham Hashim, yang kemudian mengagihkan bantuan dan keperluan.

Kasih ibu bawa ke syurga. Meliah Md Diah yang kini berusia 100 tahun cekal menjaga anaknya, Abd Rahman Saud, 62 tahun yang kurang upaya. Ikuti visual yang dirakamkan TV3 ketika proses membuat kad pengenalan baru di rumahnya di Kedah pagi tadi.

Posted by Buletin TV3 on Thursday, February 6, 2014

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share