Mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur 9 pagi ini untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

AMPANG: Ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang mati selepas disyaki didera di Taman Kosas di sini, ditahan polis pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuddin Saad yang mengesahkan penahanan mereka berkata wanita berusia 35 tahun dan teman lelakinya, 41 ditahan di kediaman mereka di Flat Taman Kosas dekat sini pada jam 3 petang, semalam.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran mengenai sebab tangkapan dibuat kecuali untuk membantu siasatan berhubung kejadian menimpa pelajar Tahun Satu Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Kosas itu.

Penahanan dibuat susulan laporan perubatan seorang doktor pada jam 10.39 pagi semalam.

Menurut laporan berkenaan, kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital kira-kira jam 8.55 pagi dan pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu menunjukkannya sudah tidak bernyawa.

Laporan itu turut menyebut bantuan pernafasan telah diberikan kepada kanak-kanak itu, namun tidak berjaya.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan merah, termasuk di kemaluannya, kesan luka lama pada bahagian kiri pinggang, kesan merah di tangan kiri dan kanan serta muka.

Mayat kanak-kanak tersebut dilaporkan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi Selasa untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share