Bapa saudara kepada sultan Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim hari ini mengumumkan keluar PAS.

Beliau yang sudah enam tahun menjadi ahli parti Islam itu mengambil keputusan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan muktamar lalu yang menolak kumpulan profesional.

Katanya, hasil dari muktamar itu menyebabkan terdapatnya pergolakan dalam PAS yang menyebabkan hala tuju perjuangan parti tidak lagi kondusif untuknya bersama dengan parti itu.

Beliau berkata keputusan yang diambil tidak ada kaitan dengan keputusan PAS kawasan itu yang memutuskan hubungan dengan anak saudaranya ahli parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin semalam.

Sebaliknya, kata Tengku Ibrahim, beliau sudah berfikir sejak sebelum ini lagi untuk berbuat demikian. – Malaysiakini


Info gambar: BAPA saudara Sultan Terengganu, menyerahkan borang untuk menyertai Parti Islam, PAS kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Himpunan Kebangkitan Rakyat, PGU (PAS ganti Umno) kali ke 5.

Penyerahan borang oleh Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu turut disaksikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam, PAS. – Milosuam

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share