Selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik kata-kata galakan untuk kebaikan rakyat Johor di dalam Facebook Johor Southern Tigers. Foto Facebook Johor Southern Tigers

Mesej Tunku Mahkota Johor yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers dipercayai sebagai sokongan jelas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang disingkirkan daripada jawatan pemimpin nombor dua negara oleh Datuk Seri Najib Tun Razak orang Pahang.

Sekeping poster menggambarkan Tunku Ismail dan kesetiaannya kepada negeri itu dengan berlatarbelakangkan bendera Johor.

“Inilah panji yang kepadanya saya setia berkhidmat. Inilah panji yang saya pertahankan, dan deminya saya sanggup berkorban.

” Menjadi suatu keistimewaan dan penghormatan bagi saya berbakti kepadamu Bangsa Johor.

“Anda tidak berseorangan. Allah peliharakan Sultan. Hidup Johor,” menurut mesej yang dimuat naik dengan ditandatangani Tengku Mahkota berusia 31 tahun itu.

Tunku Ismail bagaimanapun tidak menyebut sebarang nama dalam posting terbarunya itu.

Namun, mereka yang memberi komen percaya ia merujuk kepada perkembangan terbaru pembubaran Kabinet semalam dan penyingkiran mendadak Muhyiddin.

Pembubaran Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya semalam menyaksikan Muhyiddin, kelahiran Johor, digugurkan daripada portfolio sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Berikutan itu, kebanyakan rakyat Johor melahirkan rasa tidak puas hati di media sosial terutama Facebook terhadap keputusan berkenaan dengan menyifatkan ahli politik berusia 68 tahun itu sebagai pemimpin yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar sebagai individu berkelayakan.

Dalam posting terkini, kebanyakan penyokong meminta rakyat Johor berhenti menyokong UMNO sambil menyifatkan penyingkiran Muhyiddin dari Putrajaya sebagai tamparan buat rakyat Johor.  – TRP / MRM

Baca: Sarawak Report dakwa Gani dipecat kerana kertas pertuduhan?

Baca: Penafian pejabat peguam negara draf pertuduhan PM

Baca: Penafian Ketua Polis Negara  draf pertuduhan PM

Baca: Muhyiddin boleh jadi saksi jika PM saman WSJ

Baca: Yang lawaknya 2 orang yang mahu ditangkap lari ke luar negara – Datuk A Kadir Jasin

[signoff1]

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share