Sarawak Report mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail [gambar bersama bekas TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin] sedang dalam proses merangka kertas pertuduhan terbabit yang menyebut ‘Pendakwa Raya lawan Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Dato’ Shamsul Anuar bin Sulaiman’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan Sarawak Report yang mendakwa ada pertuduhan jenayah sedang disiapkan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut sama menafikannya adalah pejabat peguam negara lapor Astro Awani namun Gani Patail ketika dihubungi oleh The Rakyat Post enggan mengulas dan meminta privasinya dihormati.

Semalam Jabatan Peguam Negara menafikan draf pertuduhan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seorang lagi individu seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report telah dikeluarkan oleh jabatan tersebut.

Sementara itu, Abdul Gani ketika dihubungi The Rakyat Post bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu.

“Saya tidak akan mengulas, sila hormati kehendak saya,” katanya.

Isu 1MDB dikatakan lengkap dengan data dan dokumen bermula dengan laporan Sarawak Report kemudian dipanjangkan pula The Wall Street Journal (WSJ).

Laporan tambah meluas dengan penglibatan The Edge Financial Daily. The Edge pula kerana mendedah isu 1MDB digantung permit tiga bulan oleh KDN.

WSJ juga diberi surat tunjuk sebab kerana mendakwa RM2.65 bilion daripada 1MDB disalur ke akaun Najib.

Sarawak Report juga berdepan tindakan keras. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akses ke laman web pemberi maklumat yang berpangkalan di London itu.

Terbaru Najid dilaporkan mencari peguam dari Amerika untuk menyaman WSJ lapor Free Malaysia Today. – MRM

Gani Patail Dipecat Kerana Waran Tangkap Ke Atas Najib - Sarawak Report
Gani Patail Dipecat Kerana Waran Tangkap Ke Atas Najib – Sarawak Report

Baca: Sarawak Report dakwa Gani dipecat kerana kertas pertuduhan?

Baca: Penafian pejabat peguam negara draf pertuduhan PM

Baca: Penafian Ketua Polis Negara  draf pertuduhan PM

Baca: Muhyiddin boleh jadi saksi jika PM saman WSJ

Baca: Yang lawaknya 2 orang yang mahu ditangkap lari ke luar negara – Datuk A Kadir Jasin


Oleh M Faqih

Isu 1MDB turut mengheret Harakah dan Harakahdaily ke mahkamah. Datuk Seri Najib Razak memfail saman fitnah terhadap media milik PAS terbabit.

Saman difail Perdana Menteri pada 18 Mac lepas ekoran rencana ditulis Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob menyentuh isu dana 1MDB.

Boleh dikatakan kronologi penyingkiran Muhyiddin dimulakan dengan “serangan” terhadap media oposisi. Ramai melihat isu 1MDB benar-benar mengundahkan Najib.

Skala richter polemik 1MDB jauh mengatasi isu wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang pernah dikait dengan Perdana Menteri sebelum ini.

Tindakan politik drastik dilihat bakal mengheret sesiapa sahaja yang cuba bermain wayang di sebalik isu 1MDB.

Mangsa yang dijelmakan di sebalik drama 1MDB ialah Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Setidak-tidaknya Najib boleh mencari alasan lain, bukan semata-mata 1MDB. Apa pun tindakan Perdana Menteri mulai mempamerkan semangat jantan melalui hak prerogatif.

Apa yang jelas, Najib dilihat tanpa sedar mencipta banyak musuh sekarang. Penamatan serentak jawatan Tan Sri Ghani Patail mengejutkan.

Begitu juga pelantikan Datuk Nur Jazlan Mohamad sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dianggap ada kaitan bagi melambat prosiding siasatan PAC terhadap peneraju 1MDB.

Bagaimanapun Peraturan 77(3) Dewan Rakyat menyebut ketiadaan pengerusi atau naib pengerusi PAC kerana keuzuran atau sebab lain, PAC hendaklah memilih salah seorang anggotanya mempengerusikan mesyuarat.

“Hal ini bermaksud, prosiding PAC yang diatur pada Ogos ini membabitkan 1MDB tidak perlu ditangguhkan,” dakwa Kajian Politik Untuk Perubahan.

Sekarang mampukah Muhyiddin dan Shafie mengulangi kejayaan Anwar dan Ku Li. – HARAKAHDAILY

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share