Penemuan flaperon pesawat di Reunion Island, Lautan Hindi yang dikatakan berkemungkinan milik MH370 terlalu awal untuk disahkan. – Gambar Wired.com

Malaysia Airlines (MAS) kini bekerjasama dengan pihak berkuasa terlibat bagi mengesahkan laporan mengenai penemuan “flaperon” pesawat di Reunion Island, Lautan Hindi.

“Masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan itu membuat spekulasi mengenai dari mana asalnya flaperon itu buat masa ini,” kata MAS dalam kenyataan media di Kuala Lumpur, hari ini.

mh370 reunion madagascar

MH370: Serpihan bangkai pesawat sedang disiasat pakar

Serpihan bangkai sebuah pesawat yang ditemui di La Reunion Island di Lautan Hindi awal hari ini (waktu Malaysia) kini sedang disiasat para pakar, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC).

Agensi itu berkata Malaysia bertanggungjawab ke atas siasatan dan sedang menguruskannya dengan bantuan Boeing, BEA (Bureau d’Enquêtes et d’Analisis pour la Sécurité de l’Aviation civile), Biro Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.

“Sekiranya bangkai tersebut dikenal pasti sebagai daripada MH 370 di La Reunion Island, ia menjadi konsisten dengan analisis lain dan menjadi model tempat pesawat itu bersemadi adalah di selatan Lautan Hindi,” kata JACC dalam satu kenyataan, awal pagi (waktu Malaysia), hari ini.

Agensi yang menyelia operasi mencari pada ketika ini di selatan Lautan Hindi berkata sebarang bukti baharu yang ditemui akan digunakan untuk terus memaklumkan dan memperbaiki usaha pencarian yang sedang berjalan.

Beberapa imej serpihan bangkai dipercayai daripada sirip Boeing 777 tersebar dalam pelbagai media sosial, memberi harapan baharu mengesan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang itu.

Serpihan bangkai itu dilaporkan ditemui di La Reunion Island, di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar.

Airlive.net, sebuah laman web yang membawa berita dan maklumat mengenai industri penerbangan mengeluarkan tweet gambar serpihan bangkai dan memuat naik status ‘BREAKING Piece of wing found on La Réunion Island, could that be flap of #MH370? (Serpihan sayap ditemui di La Reunion Island, mungkinkah ia sayap #MH370?).

Ia juga menyatakan dalam laman webnya siasatan kini dibuka untuk menentukan asal-usul trek penerbangan dengan 3 hipotesis disebutkan.

Selain daripada serpihan yang mungkin cebisan MH370 yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi, laman web itu melaporkan penyiasat meletakkan kebarangkalian ia mungkin datang daripada kemalangan sebuah enjin kembar yang terhempas pada 4 Mei 2006 dekat dengan pantai di selatan pulau itu, atau sebahagian serpihan A310 Yemenia yang terhempas di luar Comoros pada Jun 2009.

Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lepas semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pada 29 Januari tahun ini, kerajaan Malaysia secara rasmi mengisytiharkan insiden itu sebagai satu kemalangan berdasarkan peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 orang yang menaiki pesawat itu dianggap terkorban. – Bernama

[signoff1]

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share