Tuduhan yang dibuat terhadap Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz melalui satu ‘blog misteri’ tidak boleh dipandang apatah lagi rekod, prestasi dan integriti beliau diiktiraf masyarakat antarabangsa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2015.

PAS hari ini melahirkan kebimbangan apabila salah seorang anggota utama pasukan petugas khas kerajaan yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini dikaitkan dengan dakwaan terlibat sebagai konspirator dalam plot untuk menjatuhkan kerajaan.

Justeru, timbalan presiden parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa agar semua nama penyiasat dalam pasukan tersebut didedahkan segera kerana bimbang wujudnya gangguan dan campur tangan yang bakal menghalang siasatan.

Beliau berkata, tuduhan yang dibuat terhadap Tan Sri Zeti Akhtar Aziz melalui satu “blog misteri” itu tidak boleh dipandang ringan susulan tindakan perdana menteri semalam yang menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada barisan jemaah menteri.

“Rekod, prestasi dan integriti Zeti bertugas sebagai gabenor Bank Negara diiktiraf masyarakat antarabangsa.

“Oleh itu, sebarang usaha menjatuhkan atau mengganggu Zeti tatkala siasatan 1MDB rancak dijalankan hanya akan menambahkan persepsi umum yang memang terdapat penyelewengan di dalam 1MDB dan kebenaran dakwaan yang duit 1MDB dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam satu kenyataan.

Tuan Ibrahim merujuk blog https://therecounter.wordpress.com/ semalam yang menyiarkan satu entri bertajuk “Ops Lalang 2015: Special Branch leads investigation into the conspirators”.

Blog tersebut mendedahkan 12 nama yang dikatakan terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan termasuk Zeti. – TMI

VIDEO: Tun Dr Mahathir sebut dalam ucapan Zeti bukanlah nakal sangat…..

[signoff1]

Ops Lalang 2015: Special Branch leads investigation into conspirators
A tale of stolen data, international money laundering syndicates and deceit. Tong Kooi Ong & Ho Kay Tat, criminals that deceived, stole stolen data, and had access to an international money laundering syndicate.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share