Orang awam telah berjaya menangkap dua orang yang disyaki sedang mencuri lembu … mereka telah mengambil tindakan undang-undang ditangan sendiri dengan membakar kereta kepunyaan pencuri berkenaan sambil memaksa mereka makan najis lembu. – Foto Omak Kau

Lima individu ditahan berhubung kes dua lelaki yang disyaki mencuri lembu dibelasah, dipaksa makan najis lembu dan kereta mereka dibakar di Felda Jengka 17, Maran pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Razi berkata mereka ditahan di Jengka 15 dan Jengka 17 hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, kedua-dua lelaki tersebut dicekup semasa mereka berada di pintu pagar kandang ternakan lembu.

Insiden yang dirakam oleh salah seorang penduduk itu kemudian tersebar menjadi viral di media sosial.

“Polis sedang menyiasat mungkin berlaku salah faham dalam insiden ini kerana polis belum mengenal pasti sama ada dua lelaki itu terbabit dengan kes curi lembu. Justeru, pihak polis meminta saksi yang melihat kejadian itu tampil memberi maklumat,” ujarnya.

Beliau berkata seorang daripada dua mangsa yang dipukul itu telah dibenarkan pulang dari Hospital Bandar Jengka manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh bagi menjalankan pembedahan tangan.

MELAMPAU dan biadap.. itu ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan perbuatan sekumpulan lelaki terhadap dua lelaki…

Posted by Majalah Review Malaysia – MRM on Friday, July 24, 2015

Namun setakat ini belum terdapat laporan polis dibuat oleh pihak yang lembu mereka dikatakan dicuri, katanya.

Keadaan mangsa yang dibelasah dan dipaksa makan najis tersebar luas di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi.

Mat Rizal tidak menafikan kejadian mencuri lembu kerap berlaku di kawasan tersebut namun jarang dilaporkan.

“Lembu-lembu di kawasan ini biasanya dibiarkan bebas berkeliaran di ladang kelapa sawit. Pemilik hanya mengenali lembu mereka berdasarkan rupa bentuk haiwan tersebut misalnya berdasarkan bentuk fizikal dan warna kulit,” katanya. – Bernama

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share