Enam  maut selepas tentera bertindak menggempur penunjuk perasaan pro Ikhwanul Muslimin yang berarak selepas solat Aidil Fitri – Gambar AFP

Sekurang-kurangnya enam dilaporkan terkorban dalam keganasan yang tercetus selepas solat sunat Aidil Fitri di Mesir.

Kejadian berlaku ketika penyokong Ikhwanul Muslimin dan bekas Presiden Mohamed Morsi mengadakan perarakan dekat Bandar Giza, di pinggir bandaraya Kaherah.

mesir aidilfitri afp
Egyptian supporters of the Muslim Brotherhood movement carry the body of Hossam Al Akabawi, a comrade who died during clashes with Egyptian police following a march after the morning prayers for Eid Al Fitr on July 17, 2015 in the village of Nahya near Cairo. – Gulfnews

Menurut laporan agensi berita MENA yang dipetik daripada Kementerian Dalam Negeri Mesir memberitahu, keganasan tercetus selepas tentera datang dan menangkap 15 anggota Ikhwanul Muslimin yang bersenjata.

Sementara itu sumber pasukan keselamatan mengesahkan kepada Sky News Arabia bahawa enam yang terbunuh dan 25 yang cedera adalah anggota dan penyokong Ikhwan Muslimin.

“Mereka terbunuh dan cedera selepas penunjuk perasaan menggempur balai polis di wilayah al-Talebiya,” petik laporan itu.

Selain Kaherah, keganasan yang sama turut berlaku di bandar Iskandariyah, di utara Mesir.

Menurut laporan al Jazeera, pihak berkuasa terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk meleraikan penunjuk perasaan. – MRM

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE