Blogger kontroversi Wan Muhammad Azri Wan Deris, lebih dikenali sebagai Papagomo, dibebaskan polis petang tadi. – Gambar TMI

Blogger kontroversi Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo dibebaskan polis selepas tempoh tahanan remannya berakhir petang tadi.

Menurut The Star Online, beliau dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 4.40 petang selepas ditahan pada Selasa malam kerana menyebarkan berita dan gambar tidak benar berhubung insiden di Plaza Low Yat minggu lalu.

Bagaimanapun beliau enggan untuk memberi komen kepada pemberita yang hadir membuat liputan.

Papagomo dikenal pasti sebagai salah seorang individu bertanggungjawab menyebarkan mesej yang membawa kepada pergaduhan di hadapan plaza Low Yat.

Papagomo disiasat atas kesalahan menimbulkan salah faham kepada umum di bawah Seksyen 505, Kanun Keseksaan.

Peguamnya Ahmad Shuib Ismail memberitahu The Star meskipun tempoh reman anak guamnya berakhir namun siasatan akan tetap dijalankan.

Beliau berkata anak guamnya masih boleh dipanggil atau didakwa di mahkamah pada bila-bila masa sahaja.

Dalam laporan itu, Shuib menafikan dakwaan blogger tersebut memuat naik di media sosial hingga menimbulkan ketegangan kaum.

Beliau berkata pihak yang lain juga boleh memasuki akaun Facebooj blogger tersebut.

“Semua orang boleh meletakkan gambar dan menunjukkan skrin gambar itu adalah beliau. Tapi adakah sesiapa yang menyatakan itu perbuatannya dapat dibuktikan?

“Meskipun dia di lokap namun laman sosialnya masih aktif. Ini bermakna ada orang lain menguruskan laman sosial tersebut,” katanya. – TMI

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share