Seorang ibu mencetuskan kemarahan orang ramai selepas enggan membenarkan anggota bomba memecahkan tingkap kereta untuk menyelamatkan anaknya yang terperangkap dalam kenderaan itu.

Dalam kejadian dekat bandar Yiwu, China, si ibu dikatakan tidak mempedulikan anaknya yang meraung dan kepanasan selepas kunci kereta tidak berfungsi.

Bagaimanapun selepas kanak-kanak berusia tiga tahun itu pengsan, pasukan penyelamat mengambil tindakan nekad dengan memecahkan tingkap.

Menurut Yahoo News, bayi berkenaan dilaporkan selamat. Berikutan sikap si ibu yang mementingkan kereta berbanding nyawa anak, dia menjadi bahan kutukan di laman sosial. – FMT

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share