Salah satu paparan dokumen melibatkan 1MDB dan PetroSaudi yang dimuat naik Sarawak Report, yang menurut sebuah firma IT sudah diubah dulu. – Gambar The Malaysian Insider, 24 Jun, 2015.

Dokumen berkenaan urusniaga syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi pada 2009 seperti didedahkan portal Sarawak Report, melalui proses pengeditan sebelum dipaparkan, kata sebuah firma keselamatan siber hari ini.

Akhbar New Straits Times (NST) memetik Protection Group International (PGI) sebagai berkata data itu dicuri daripada PetroSaudi dan diedit sebelum dimuat naik ke internet.

“Penyiasatan kami masih berjalan, tetapi jelas kami sedang melihat kes kecurian data yang besar dan analisis kami menyimpulkan (Xavier Andre) Justo adalah sumber data yang dimuat naik Sarawak Report,” kata pakar firma itu.

“Contohnya, apabila kita melihat fail PowerPoint di blog Sarawak Report, kami menemui bukti dalam metadata fail ianya diuruskan oleh ‘xavierj’ pada 2013; dua tahun selepas Justo meninggalkan PetroSaudi, dan empat tahun selepas fail asli direka oleh firma guaman yang menjadi penasihat PetroSaudi,” katanya merujuk bekas pakar IT PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, yang ditahan polis Thailand Isnin lalu.

“Juga jelas data yang dicuri tidak lengkap, dan melalui proses suntingan selepas dikeluarkan daripada sistem PetroSaudi sebelum dimuat naik ke internet.

“Terdapat banyak kecelaruan antara data yang dimuat naik dan data yang masih ada dalam fail bersama PetroSaudi ketika itu. Ringkasnya, data itu tidak lengkap, dipilih dan diedit untuk mengikut kemahuan naratif.”

PGI diupah bagi menjalankan siasatan terhadap sumber data yang dimuat naik di internet dan mengesahkan keasliannya, lapor NST. – The Malaysian Insider

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share