Ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur disambut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri Datin Seri Anggraini Sentiyaki. – Gambar TMI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak lelaki Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ketibaan Najib bersama isteri di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur disambut Tengku Adnan dan isteri Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam majlis itu, pasangan pengantin Dr Tengku Iqbal Munawwir dan Ayu Linggasari diraikan dalam istiadat perkahwinan berkonsepkan Jawa Keraton Indonesia.

Ketibaan kedua-dua mempelai dengan menaiki kenderaan khas yang ditarik 4 lelaki turut mencuri tumpuan hadirin.

Pasangan pengantin yang diijab kabul 23 Mei lepas di Gedung Balai, Jakarta, Indonesia, turut menyempurnakan acara memotong Nasi Tumpang. – Bernama

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share