Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diminta oleh pihak polis menghentikan ucapan semasa program ‘Nothing to Hide’ di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Jun, 2015.

Ucapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada forum berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini disekat pihak polis apabila mula menyebut nama ahli perniagaan Low Taek Jho dan penglibatannya dalam syarikat sarat hutang itu.

Dr Mahathir ketika itu baru berucap kira-kira 10 minit pada forum “Nothing to Hide” yang sepatutnya menjadi dialog dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan badan bukan kerajaan (NGO) mengenai isu 1MDB, apabila beliau diganggu beberapa orang pegawai polis yang memintanya menamatkan ucapan.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meneruskan agenda 1MDB selepas dihasut oleh jutawan Jho Low walaupun pihak istana Terengganu menentangnya.

Malah katanya, beliau juga telah mendapat penjelasan daripada menteri besar Terengganu ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said yang hadir pada majlis hari ini lapor KiniTV.

Negarawan bersara itu diminta berucap selepas Najib gagal hadir pada majlis itu atas nasihat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau memulakan ucapan dengan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Najib.

“Saya amat berterima kasih kepada Allahyarham Tun Razak, itulah sebabnya saya menyokong anaknya menjadi PM. Terdapat banyak perkara mengenai dasar beliau yang saya tidak bersetuju, tetapi saya simpan di dalam hati. Saya memberitahu diri sendiri, aku bukan PM lagi,” kata Dr Mahathir.

Tetapi beliau berkata, tidak dapat lari daripada mengkritik apabila kontroversi 1MDB tercetus kerana ia mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion dalam tempoh enam tahun penubuhannya.

Dr Mahathir kemudian menceritakan bagaimana royalti Terengganu sendiri tidak bersetuju dengan pengendalian Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), sebagai satu cara untuk melabur wang hasil minyak negeri.

TIA ditukar kepada 1MDB pada 2009 oleh Najib yang menjadikan firma syarikat pelaburan milik negara, sebelum ia mula mengumpul hutang semasa menceburi bidang hartanah, loji kuasa, dan pelbagai pelaburan antarabangsa yang lain.

“Malah semasa zaman TIA (Terengganu Investment Authority), dia ini Jho Low sudah menghasut banyak orang untuk mendapatkan pelaburannya.

“Malah dia juga menasihati ia sebagai pelaburan…,” kata Dr Mahathir.

Namun apabila Dr Mahathir mula menyebut nama Jho Low, pihak polis masuk campur.

“Walaupun pada masa TIA, lelaki yang dikenali sebagai Jho Low mempengaruhi begitu banyak orang untuk memastikan pelaburan diteruskan,” katanya.

“Oleh itu, beliau mencadangkan pelaburan….” kata Dr Mahathir sebelum tiba-tiba diberitahu oleh seorang pegawai polis untuk menamatkan ucapannya.

“Saya dijemput di sini untuk bercakap dan saya bercakap,” katanya yang boleh didengar ketika memberitahu pegawai sebelum penganjur mengarahkan mikrofon ditutup, menyebabkan penonton mula bersuara.

Baca: Siapa Jho Low?

Selepas tempoh tegang yang agak panjang, Dr Mahathir dibenarkan bercakap kepada media pada sidang akhbar, di mana beliau berkata, Najib hilang peluang untuk memberi penjelasan sendiri berkenaan skandal 1MDB.

Najib adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan peranannya dalam urusan syarikat sarat hutang dipersoal beberapa kali.

Dr Mahathir sejak beberapa bulan lalu meminta Najib berundur berhubung hutang 1MDB, di samping beberapa sebab lain. – The Malaysian Insider

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share