Polis berpendapat, tidak ada keperluan untuk pihak berkuasa memanggil mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk disiasat buat masa ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, apabila pihak polis sudah membatalkan program berkenaan bermakna semua acara harus dihentikan.

“Apabila (program sudah) dibatalkan, maknanya dibatalkan (hentikan semua acara), bukan cuma batalkan (program) perdana menteri sahaja, (tapi) keseluruhan majlis itu dibatalkan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman petang ini.

Khalid berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan polis yang mengarahkan Dr Mahathir menghentikan ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur pagi ini. – Malaysiakini

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share