Sebuah video yang memaparkan istana terbaru Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mempunyai 100 bilik dengan 14 pintu gangsa kini dimuat-naikkan di media sosial.

Video berkenaan dirakamkan oleh jurugambar kelahiran Kanada, Benjamin Wong yang diminta oleh arkitek istana itu, Bill Bensley untuk membuat penggambaran.

Kerajaan Barisan Nasional Terengganu dibawah teraju menteri besar Terengganu Dato Sri Ahmad Said telah membina Istana Baru Sultan Terengganu dengan kos RM1,000,000,000. (RM 1 BILLION)

Istana ini dibina pada tahun 2006 mengandungi 4 fasa dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2014 memakan belanja RM1000 juta.

04 July 2013 Istana Bukit Chendering diberi gelaran Istana Syarqiyyah

Oleh: Suriati Ali dan Nurul Suraya Abd Sukur – Teganukita

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengumumkan nama baru bagi Kompleks Istana Bukit Chendering, Kuala Terengganu dengan gelaran Istana Syarqiyyah yang memberi maksud `Permata Timur’.

Nama baru yang mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu diumumkan pada Majlis Pemasyhuran Nama dan Istiadat Menaikkan Bendera di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haji Mazlan Ngah; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, YB Haji Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, beberapa barisan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan laungan azan sebagai memberkati majlis.

Dato’ Haji Mazlan kemudiannya menyerahkan bendera kepada Dato’ Seri Haji Ahmad sebagai simbolik pemasyhuran nama baru istana. Selepas itu, Menteri Besar menyerahkan bendera itu untuk dinaikkan dan dikibarkan diringi dengan lagu `Selamat Sultan’

admin
Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *