Di sebalik kehangatan isu ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin di majlis tertutup Umno, persoalan yang turut menarik perhatian ialah sorakan gembira sebahagian daripada 400 ahli parti itu ketika timbalan perdana menteri menggesa presiden mereka dipecat.

Malaysiakini bertanya kepada tiga pemimpin bahagian Umno yang menghadiri majlis berkenaan tetapi hanya seorang mengesahkan ia berlaku, manakala dua yang lain menyatakan rasa tidak pasti.

Menurut pemimpin bahagian Umno yang enggan didedahkan identitinya itu, hadirin teruja apabila Muhyiddin meminta Lembaga Pengarah 1MDB dipecat serta disiasat.

Pada ketika itulah kedengaran jeritan supaya Datuk Seri Najib Razak disingkirkan.

“Daripada 400 ahli yang hadir, separuh daripada mereka bertepuk tangan dan bersorak,” katanya.

Muhyiddin pula, kata sumber itu berkenaan, kelihatan tenang.

Sesetengah pihak membuat spekulasi mungkin gesaan Muhyiddin itu ada kaitan dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan bukannya kepada Najib.

Bagaimanapun pemerhati berpendapat sebaliknya

Menurut sumber, Muhyiddin bercakap secara terus terang mengenai kemelut 1MDB kerana tahu ahli Umno mahukan jawapan.

“Kami tahu isu 1MDB daripada dakwaan pembangkang dan tidak pasti sama ada mereka berbohong mengenainya.

“Kami mahu pemimpin sendiri bercakap benar dan memberikan jawapan.

“Ahli Umno tak mahu mengikut membuta tuli,” katanya. – Sumber Malaysiakini

Baca: Cerita lawak politik isu balun membalun kes 1MDB yang misteri tahap Hong-Kong?

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share