Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kini dikatakan mengatur syarikat pembekal tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengambil aset tenaga 1MDB yang di bawah entiti swasta, Edra Global Power bernilai RM16 bilion. – Gambar Free Malaysia Today

Krisis kewangan yang melanda syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memaksa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan pembaharuan sektor tenaga dalam usaha mencari penyelesaian.

Berdepan dengan krisis kewangan yang besar, kini dengan hutang sejumlah AS$12 bilion, Putrajaya cuba menyelesaikannya dengan “bailout” sepenuhnya.

Eksekutif kewangan yang tahu tentang situasi ini berkata, pentadbiran Najib kini ke arah mengatur syarikat pembekal tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengambil aset tenaga 1MDB – sekarang ini di bawah entiti swasta, Edra Global Power bernilai RM16 bilion (AS$4.4 bilion).

Dan bagi mengelakkan kemarahan orang ramai daripada melihat dana awam digunakan untuk menyelamatkan syarikat milik kerajaan itu, Putrajaya mempertimbangkan cadangan operasi menyelamatkan dan menyembunyikan rancangan melibatkan sektor tenaga negara yang sudah lama menjadi sumber naungan kepada golongan elit politik dan perniagaan di negara ini.
Pembelian itu akan diikuti dengan cadangan memecahkan perniagaan TNB kepada tiga entiti berbeza yang akan masing-masing menjaga bahagian pengeluaran kuasa, transmisi, dan pengedaran.

Rancangan itu dijangka akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan depan.

Penyokong rancangan itu mengatakan pengambilalihan aset kuasa 1MDB, yang akan menambah hampir 5.6 gigawatt kepada kapasiti penjanaan untuk portfolio loji kuasa TNB, akan meletakkan asas untuk kolam sistem tenaga, di mana pengeluar tenaga menjual tenaga elektrik kepada pusat pertukaran yang menentukan struktur tarif elektrik kebangsaan.

“Kerajaan perlu menyelamatkan 1MDB, dan menggunakan sektor tenaga mungkin menjadikannya lebih mudah,” kata seorang ketua eksekutif sebuah bank asing, yang mengesan masalah sektor tenaga Malaysia dan 1MDB.

Namun, melaksanakannya bukan mudah.

Najib perlu menangani politik pelan menyelamat kompleks ini dan “menjinakkan” pengeluar tenaga bebas dan penentangan daripada pengurusan TNB.

1MDB menjadi masalah politik utama yang dihadapi kerajaan dan ia menjadi sasaran utama Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kempen menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri. – TMI

Untuk berita penuh, sila klik The Edge Review.

[signoff1]

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share