KUALA LUMPUR – Warga Myanmar merupakan jumlah pelarian dan pencari suaka politik teramai di Malaysia.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)menganggarkan setakat akhir Februari tahun ini, kira-kira 141,570 daripada keseluruhan 152,570 pelarian dan pencari suaka politik merupakan warga Myanmar.

Mereka termasuk kira-kira 49,800 etnik Chin, 45,170 Rohingya, 12,340 Muslim, 7,320 Rakhine dan Arakan serta lain-lain etnik.

Yang selebihnya seramai 11,000 terdiri daripada pelarian dan pencari suaka politik daripada Sri Lanka (3,970), Pakistan (1,200), 1,100 Somalia (1,100), Syria (960), Iraq (850), Iran (550), Palestin (430) dan lain-lain.

Ribuan pendatang asing dipercayai daripada Bangladesh dan Myanmar tersadai di dalam bot penyeludup antara Laut Andaman Sea dan Selat Melaka.

Daripada jumlah itu, 1,158 mendarat di Langkawi, Kedah pada 10 Mei lalu yang kemudian ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Belantik di Sik, Kedah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan sedang bekerjasama dengan UNHCR untuk mengenal pasti mereka yang ditakrif sebagai pelarian.

Baca lanjut di Sinar Online

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share