Peguam Datuk S. Nallakaruppan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dilarang menanyakan Datuk Seri Anwar Ibrahim soalan berkenaan sabitan liwat Februari lepas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli

Kes saman fitnah RM60 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk S. Nallakaruppan ditangguhkan hari ini selepas hakim Mahkamah Tinggi melarang peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada menanyakan soalan berkenaan sabitan liwat Februari lepas.

Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menghalang Shafee yang mewakili Nallakaruppan daripada menyentuh mengenai perlakuan Anwar dengan mengaitkan kes liwat tersebut, kerana sabitan salah itu berlaku 7 tahun selepas Anwar memfailkan saman ke atas bekas rakan tenisnya.

Shafee bagaimanapun menegaskan soalannya relevan, menyebabkan hakim menangguhkan perbicaraan membolehkan kedua pihak menyediakan hujah mereka.

Peguam Anwar, Latheefa Koya membantah soalan Shafee kerana ia bersifat prejudis terhadap anak guamnya.
Perbicaraan bersambung 21 Mei. – TMI

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE