Oleh Ram Anand

Sejak minggu lalu, berita membabitkan Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan bantahan orang ramai.

Kekecohan itu tidak hanya terhad kepada isu dana tersebut datang daripada badan berkanun yang menyimpan wang pendeposit dalam bentuk unit amanah, tetapi juga kerana 1MDB hanya membayar RM64 untuk sekaki persegi tanah ketika membeli 30 hektar tanah kerajaan kira-kira empat tahun lalu.

trx project
Foto mStar

Kini, selepas 5 tahun ia diumumkan, projek pembangunan perdana itu tidak kelihatan menarik pelaburan asing seperti digembar-gemburkan.

TRX, pada mulanya dikenali sebagai Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur, diumumkan pertama kali pada 2010 dan mempunyai satu permulaan yang palsu apabila majlis pecah tanah tahun itu selama-lamanya ditangguhkan.

Rakan kongsi utama 1MDB sepatutnya syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, Mubadala Development Company, namun sehingga hari ini, tiada pengesahan rasmi jumlah pelaburan konsortium Timur Tengah itu di TRX.

Pada 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mewujudkan jawatankuasa kerja khas untuk menyelia TRX agar disiapkan dalam tempoh 15 tahun.

Tiga tahun kemudian, pada 2015, sayap hartanah 1MDB, 1MDB RE akhirnya mengumumkan usaha sama untuk membangunkan Lifestyle Quarter di TRX, selepas berjaya mendapatkan usahasama bersama gergasi pembinaan Australia, Lend Lease.

Lend Lease, seperti diumumkan rundingannya pada Mac tahun ini, memiliki 60% pegangan saham, manakala bakinya dimiliki 1MDB RE.

Meskipun tanpa sebarang butiran perjanjian kewangan bersama Land Lease yang dikeluarkan, sama ada Land Lease menyuntik dana ke dalam usahasama itu, harga sekaki persegi dibayar untuk tanah dan sumbangan 1MDB RE. Sehingga dan kecuali butiran itu didedahkan, sukar untuk melihat jika ia merupakan perjanjian yang baik untuk 1MDB.

Walaupun TRX seharusnya dibangunkan sebagai hab kewangan, pembangunan yang dapat dilihat kini adalah pusat membeli belah, hotel, dan menara kediaman.

Tarikh dijangka siap bagi fasa ini adalah di antara 2017 dan 2018.
Nilai pembangunan kasar (GDV) untuk suku tersebut adalah RM8 bilion, sejumlah kecil daripada keseluruhan RM40 bilion anggaran GDV bagi keseluruhan projek TRX.

Pembangunan stesen Mass Rapid Transit (MRT) terbesar negara juga dijangka siap pada 2017.

TRX seharusnya mempunyai 25 bangunan dengan 3,800 kawasan unit kediaman dengan Najib sebelum ini mendakwa 250 syarikat terbaik dunia akan membuka rangkaian mereka di daerah kewangan tersebut.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, tiada pengumuman rasmi penyertaan konglomerat antarabangsa menyertai TRX, kecuali Lend Lease – yang sudah pun membangunkan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan beberapa pembangunan utama di Malaysia sebelum ini.

Selepas beberapa tahun, 1MDB menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan berhubung urus niaga ini.

Syarikat itu kini berhadapan hutang bernilai RM42 bilion, selepas terlibat dengan penerbitan bon antarabangsa termasuk menyimpan dana di Pulau Cayman.

Syarikat itu mengakui mempunyai masalah kewangan dan kini sedang melalui semakan strategik, yang mana termasuk menjual beberapa aset miliknya.

Sebelum ini, daripada kawasan tapak penjawat awam itu, 1MDB menjual 0.63 hektar tanah TRX kepada Tabung Haji 43 kali lebih tinggi daripada kos 1MDB membayarnya, manakala tanah yang dijual kepada KWAP 30 kali lebih tinggi daripada kos pembelian.

Tabung Haji, ketika membeli tanah yang kini ingin dijual hanya ingin membina bangunan kediaman.

Keputusan KWAP untuk membeli tanah di TRX antara RM1 bilion hingga RM1.2 bilion dan membangunkan bangunan 40 tingkat untuk membina ibu pejabat barunya, menjadikan ia syarikat pertama mengesahkan pembinaan pejabat di TRX. – Read more TMI

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE