Ananta Bijoy Das dilaporkan telah diserang oleh geng bertopeng bersenjatakan parang di bandar Sylhet. Foto DhakaTribune

DHAKA – Seorang lagi blogger aties sekular di Bangladesh telah digodam hingga mati di utara-timur Bangladesh, lapor BBC.

Menurut polis, ia merupakan serangan maut ketiga sejak awal tahun ini.

Ananta Bijoy Das telah diserang oleh geng bertopeng bersenjatakan parang di bandar Sylhet, menurut laporan.

Beliau merupakan blogger ketiga yang dibunuh di Bangladesh sejak Februari.

Das menulis blog untuk Mukto-Mona, sebuah laman web dikendalikan oleh Avijit Roy, yang dirinya juga dibunuh pada bulan Februari.

Roy, seorang penulis warga Amerika Syarikat Bangladesh yang telah mengkritik ketiadaan toleransi agama, terbunuh dalam serangan parang ketika beliau melawat Dhaka.

Dan pada bulan Mac, penulis blog lain, Washiqur Rahman, juga telah dibunuh di Dhaka.

Seorang rakan Das berkata, dia sedang dalam senarai dikhendaki yang dipegang oleh militan Islam.

“Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Das menerima ancaman daripada kumpulan pelampau untuk tulisannya. Beliau berada di dalam senarai sasaran mereka.”

Serangan Roy bulan lepas mencetuskan bantahan daripada pelajar dan aktivis sosial, yang menuduh pihak berkuasa gagal melindungi pengkritik ketaksuban agama.

Seorang Islamis telah ditangkap atas pembunuhan itu, manakala dua pelajar madrasah juga telah ditangkap atas pembunuhan Rahman. – TRP

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE