MUAR: Dendam dan berebutkan seorang wanita dipercayai motif utama seorang lelaki diserang dengan parang oleh lapan lelaki dalam kejadian di Tanah Perkuburan India Sungai Abong, Bakri di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa yang berumur 25 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian tangan kanannya dan dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

“Mangsa bernasib baik kerana kejadian itu dilihat orang awam yang segera melaporkan kepada polis. “Di tempat kejadian polis menemui beberapa kesan tompokan darah dan pemeriksaan di sebuah rumah berdekatan kubur itu yang disewa seorang suspek menemui sebilah parang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar pada RAbu.

Berikutan itu katanya, polis melancarkan gerakan memburu semua suspek dan menahan empat daripadanya di bandar berkenaan pada 1.45 pagi keesokan hari. –

Azman berkata polis juga menahan empat lagi suspek di Jalan Bakri dan turut merampas tiga bilah parang dan dua buah kereta dari semua suspek.

“Semua yang ditahan berumur antara 14 dan 35 tahun. Suspek paling muda,berusia 14 tahun tidak lagi bersekolah manakala mangsa pula ditahan di hospital semalam, untuk membantu siasatan,” kata Azman.

Katanya, semua suspek tidak memiliki rekod jenayah kecuali seorang suspek berusia 35 tahun yang berasal dari Johor Baharu dan menyewa rumah berdekatan kubur itu yang dikehendaki polis kerana kes samun di Nusajaya, Kulaijaya dan Kluang,” katanya.

Kesemua suspek direman sehingga Khamis. – mStar

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share