Suasana dalam dewan K Klub utk Program Bicara Negarawan bersama Tun M penuh sesak dan melimpah hingga ke luar. Ribuan hadirin di K Klub berdiri dan memberi tepukan gemuruh menyambut ketibaan Tun Mahathir dalam Bicara Negarawan menyentuh isu mengenai 1MDB dan PM Najib Razak – Foto Shahbudin Husin

Kelab K yang dahulu dikenali sebagai Kelab Century Paradise merupakan tempat awal Dr Mahathir bertemu rakyat pada 2006 semasa mengkritik pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Petikan ucapan Tun Dr Mahathir:

‘Tun Abdul Razak telah menerima saya semula masuk Umno dan melantik saya sebagai Menteri selepas PRU tahun 1974 dan seterusnya menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri’.. – Tun Dr Mahathirdr mahathir lagu

Tun M hari ni dedahkan beliau tulis surat kepada Pak Lah agar lantik Najib sebagai TPM sebagai usahanya membalas budi Tun Razak kepadanya…

Kadang2 bila lihat banyak benda tak betul berlaku, terasa nak jadi Perdana Menteri lagi…
Tapi ini hanya saya rasa saja, saya dah tua…
Ucapan Tun M mendapat tepukan gemuruh drpd hadirin…

Bila kita jadi PM kita perlu bekerja untuk orang yang pilih kita. Layanan daripada kerajaan untuk kehidupan seorang PM juga amat memadai dan tak perlu tambah apa-apa lagi – Tun M

Kita bagi kuasa kepada PM bukan utk kepentingan dirinya tapi mesti untuk kebaikan rakyat – Tun M

Saya mula rasa tak senang bila 1MDB beli IPP dgn harga lebih tinggi dari pasaran tapi dijawab takpelah, nanti bila harga naik akan untung. Saya tak tau sejak bila kerajaan buat kerja meniaga dan kerajaan sebagai “orang berbadan besar” patutnya boleh tekan sikit2 utk dapat harga lebih rendah, bukan beli harga tinggi – Tun M.

Tanah di sekitar TRX berharga RM7000 sekaki persegi tapi 1MDB hanya beli tanah kerajaan itu dengan harga RM62 sekaki persegi saja.

Beli IPP boleh dengan harga lebih tinggi tapi beli tanah kerajaan dengan harga jauh lebih murah.

Ini jelas tak kena – Tun M.

Mula2 lagi sebenarnya saya nak tegur Najib tapi saya terikat dengan budi Tun Razak tapi oleh kerana duit terlalu banyak hilang, takkan nak diam juga – Tun M.

Saya tak pernah tanya isteri dan tak pernah bincang apa yang mahu saya buat. Nak berhenti pun saya tak cerita dengan isteri – Tun M.

Persoalan 1MDB tak dijawab dan tak boleh dijawab sebab duitnya dah hilang. Tanpa skandal 1MDB dan Altantuya pun prestasi Najib tak seberapa, apatah lagi dengan adanya dua isu itu – Tun M.

Menghilangkan wang dengan cara berhutang sebanyak RM42 bilion adalah perbuatan yang boleh diterima rakyat. Hutang itu kena dibayar juga akhirnya – Tun M.

Saya tak minta banyak kepada Najib, cuma satu saja iaitu letak jawatanlah untuk kebaikan rakyat, UMNO dan diri Najib sendiri – Tun M.

Tun M tanya siapa masih ingat majlis perkahwinan anak2nya. Takde siapa tahu pun ada majlis seperti itu sbb saya seorang yang kedekut..

Tun M kata batalkan sajalah GST dan tepukan gemuruh menyambut pendirian beliau itu.

Kalau ikut adat UMNO pengganti Najib seharusnya adalah timbalannya iaitu Muhyiddin Yassin – Tun M.

Saya setuju Suruhanjaya Diraja untuk siasat 1MDB tapi anggotanya mestilah bukan dipilih oleh Najib. Ahli suruhanjaya itu mesti dipilih dan dipersetujui oleh rakyat – Tun M.

Langsung bicara negarawan: Saya tak pernah tanya isteri dan tak pernah bincang apa yang mahu saya buat. Nak berhenti pun saya tak cerita dengan isteri – Tun Mahathir

Sumber status Facebook penulis buku politik terkenal Shahbudin Husin secara langsung yang menghadiri acara Bicara Negarawan di KC Club hari ini – Majalah Review Malaysia – MRM

Laporan lanjut menyusul

[signoff2]

[signoff1]

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE