Dakwaan kononnya terdapat sebuah kawasan ‘perkuburan 1Malaysia’ di Kampung Tanjung Agas di Muar yang tersebar luas di laman sosial Facebook adalah tidak benar.

Ketua kampung Ishak Ahmad berkata kawasan berkenaan, yang dikatakan menempatkan kubur orang Islam, Cina dan penganut Kristian, tidak wujud seperti didakwa.

“Kami telah melakukan siasatan sebaik menerima berita berkenaan dan setakat ini saya sahkan kawasan perkuburan itu tidak terdapat di sini.

“Di Tanjung Agas ini terdapat hanya dua tanah perkuburan Islam dan kami tidak menjumpai mana-mana kubur yang lain apatah lagi seperti yang didakwa,”
katanya ketika dihubungi.

Rakaman video mengenai kawasan perkuburan itu sepanjang lebih dua minit. dimuat naik dalam laman sosial pada 19 April lalu.

Ishak berkata sejak klip video itu tersebar, banyak pihak telah menghubunginya untuk mendapatkan kepastian.

Sehubungan itu Ishak menasihati orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat kerana ia boleh memberikan perspektif tidak sihat dalam negara yang berbilang kaum. – Bernama / Foto Thehypemedia

Video di bawah ini pernah muncul pada tahun 2012 di mana lokasi sebenarnya?

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share