Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan bersedih atas pelbagai tragedi yang menimpa negara dari peristiwa Lahad Datu, MH370, MH17 dan terkini serangan Tun Dr Mahathir dalam isu Altantuya dan 1MDB
 juga kehilangan tiga sahabat baik politik dalam nahas helikopter di Semenyih – Foto Reuters

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno hari ini yakin kepimpinan parti dan negara akan melepasi cabaran yang sedang dihadapi ketika ini, yang dianggap bukanlah satu krisis besar kepada kepimpinan Umno.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, semua pihak perlu memberi ruang dan peluang yang sama kepada pentadbiran negara ketika ini untuk memulihkan keadaan.

“Kita pernah lalui peristiwa lebih mencabar pada 1998. Ada reformasi dan beribu-ribu orang memenuhi jalanan namun kita bagi peluang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (Presiden Umno ketika itu) untuk pulihkan keadaan.

“Hari ini tiada krisis besar seperti era reformasi, jadi jangan takut dan lari dari medan perjuangan, tetaplah bersama kepimpinan (parti dan negara) untuk beri keyakinan kepada rakyat.

“Kalau 1998 (reformasi) kita sudah lepas, kita yakin akan kembali dan melepasi cabaran ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas perjumpaan bersama Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan ditanya mengenai butiran perjumpaan dan penerangan diberikan Najib mengenai isu semasa seperti komen bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, Pemuda Umno menerima penjelasan Najib yang telah berulang kali menyatakan kesungguhan dan komitmen dalam pelbagai isu termasuk proses pengauditan 1MDB yang masih berjalan.

“Banyak isu yang diperjelaskan; 1MDB, kes pembunuhan Altantuya, pembelian jet kerajaan, jambatan bengkok, kedudukan politik, ekonomi semasa dan GST.

Baca: Najib terkesan atas kehilangan 3 rakannya yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih – Datuk A Kadir Jasin

Baca: Tun Mahathir tegas mengatakan Najib tidak jawab soalan pokok kes Altantuya dan 1MDB

Memang satu penjelasan yang amat panjang lebar sekali.

“Pemuda Umno harap proses pengauditan ke atas syarikat 1MDB dipercepatkan dan jika ada berlaku penyelewengan dan pecah amanah, mereka yang bertanggungjawab perlu terus dibawa ke muka pengadilan.

Jelas Khairy, pihaknya akan memberi sokongan dan sama-sama turun padang membantu kepimpinan negara dalam menjawab isu semasa untuk mengelakkan sindrom penafian dan kekeliruan rakyat.

“Parti tidak boleh terperangkap dalam sindrom penafian (mengenai isu semasa). Penjelasan Presiden amat penting sekali dan seluruh pihak perlu sama-sama memberi penjelasan terperinci mengenai isu semasa.

“Selepas wawancara (bersama TV3) tempoh hari, Presiden memberi pencerahan kepada Wanita, Pemuda, Puteri pada esok hari selain ahli parti dan orang awam.

Langkah ini amat dialu-alukan,” tambah Khairy.

Beliau menarik perhatian, Pemuda Umno tidak akan sama sekali menyokong kepimpinan secara membuta tuli atau untuk menjaga jawatan semata-mata kerana kelak kapal Umno akan karam.

Ditanya sama ada cabaran dihadapi parti ketika ini akan memberi kesan kepada PRK Permatang Pauh dan Rompin,. Khairy berkata onak duri dan ranjau adalah adat dalam politik semasa.

“Ini bukan krisis…dalam perjuangan politik, kalau tiada ranjau, ia bukan politik. Saya yakin dan percaya selepas penjelasan hari ini dan semangat yang ditiupkan, parti termasuk Pemuda akan buat yang terbaik dalam PRK.

“Bagi Pemuda kami akan bekerja keras untuk PRK dan cuba memenanginya demi parti dan rakyat, insya-Allah,” kata Khairy. – Bernama

[signoff1]

Komentar: Sikap pemimpin Umno sama seperti ahli politik Amerika di era Nixon atau Kennedy yang kita tahu istilahnya berbunyi; ‘with us or against us‘ perjuangkanlah apa apa polisi yang memudaratkan seperti Vietnam pun mereka akan sokong demi semangat parti.

Tidak kiralah apa isu HAK kebenaran yang mahu diperjuangkan inilah masanya pula mereka mahu melakukan leverage politik demi kelangsungan kuasa ibarat mahu mengambus sesuatu justeru kebenaran dan pengadilan tidak lagi penting semacam tukar tukar barang dagangan.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share