Rakyat mahu tahu mana pergi duit 1MDB. 1MDB tidak boleh beritahu, kerajaan tidak boleh beritahu. Ini bukan duit sedikit RM10, RM20, ini melibatkan RM42 bilion. Kita mahu dengar apa sebenar yang berlaku. – Ikuti Wawancara eksklusif Malaysia Gazette bersama bekas penasihat ekonomi negara, Tun Daim Zainuddin yang menyentuh pelbagai isu.

Perdana Menteri & Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak – 1MDB

Rakyat mempertikaikan sejauh mana ketelusan Jabatan Audit Negara dalam siasatan itu, sedangkan jabatan itu juga melaporkan kepada Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri juga Menteri Kewangan. Wujud konflik kepercayaan terhadap keputusan siasatan itu?

Tun Daim: Sebab itu dari dulu saya kata, saya pernah menulis surat mencadangkan Perdana Menteri jangan jadi Menteri Kewangan. Kalau ada masalah macam ini bukan salah Perdana Menteri jika beliau bukan Menteri Kewangan. Tetapi saya tidak tahu mengapa Perdana Menteri mahu juga menjadi Menteri Kewangan, Pak Lah pun macam itu juga.

Ia akan wujudkan konflik. Kalau Menteri Kewangan bukan kesilapan, dia juga Perdana Menteri, hendak marah tidak boleh, hendak buang tidak boleh. Kalau Menteri Kewangan orang lain, kita boleh ambil tindakan. Ketua Audit Negara memang membuat audit dan akan menyerahkan kepada Kementerian Kewangan. Semasa saya dulu kita terima sahaja. Dia hendak tulis apa, tulislah dan kita terima.

Kalau kita hendak perbetulkan dari bagi tahu, ini jangan tulis, itu jangan tulis susahlah. Kesilapan yang berlaku kita perbetulkan. Jabatan Audit Negara memang bebas walaupun di bawah Kementerian Kewangan.

Sekarang ini memang susahlah sebab Menteri Kewangan adalah penasihat kepada 1MDB. Ini masalah besar. Saya pun tidak tahu, patut beliau fikir sedalam-dalamnya apa yang baik kepada negara.

Perdana Menteri pun sibuk, banyak masa diperlukan untuk memerintah negara, perlu tahu perkara hal ehwal luar negara. Jadi Menteri Kewangan pula jaga kementerian yang besar, terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan, berkaitan dengan wang pula.

Sebab itu dari dulu saya kata, saya pernah menulis surat mencadangkan Perdana Menteri jangan menjadi Menteri Kewangan. Kalau ada masalah macam ini bukan salah Perdana Menteri jika beliau bukan Menteri Kewangan. Tetapi saya tidak tahu mengapa Perdana Menteri mahu juga menjadi Menteri Kewangan, Pak Lah pun macam itu juga.

Tun ada idea mengapa 1MDB menyimpan wang pelaburannya dari Pulau Cayman di Singapura?

Tun Daim: Kalau kita hendak simpan duit di luar negara, kita ada Labuan Offshore. Kita boleh simpan dolar di Labuan. Mengapa tidak guna Labuan? Kalau tidak guna Labuan bermakna kita tidak percaya dengan sistem perbankan kita. Kalau Menteri Kewangan tidak percaya, siapa hendak percaya? Konflik terlampau banyak. 1MDB beritahu duit itu untuk dilaburkan termasuk dalam IPP, kalau macam itu mengapa simpan duit di luar? Ini soalan-soalan yang tidak dapat dijawab, kita pun heran mengapa soalan tidak dapat dijawab. Cuba telus.

Sebelum ini kata 1MDB tidak pinjam daripada Ananda Krishna, di Parlimen kata pinjam. Apa ni? Kalau sudah buat silap, jangan bohong. Patut terus terang, kalau buat silap kita mengaku kesilapan. Kena perbetulkan kesilapan, bukan cerita-cerita lain. Bila orang korek cerita, sudah jadi masalah kepada kerajaan sebab terbelit sendiri. Kalau rakyat tidak percaya, ini kacau.

Baca lanjut di Malaysia Gazette

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share