Didie memenangi Artis Komedi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014 pada Ahad lalu menewaskan Jihan Muse, Dottie, Enot, dan Ifa Raziah. Gambar ihsan mStar

Pelakon dan pengacara Didie Alias tidak berasa tergugat dengan kemunculan pelawak wanita baharu kerana mereka adalah pelapis bagi meneruskan legasi pelawak sedia ada.

Didie Alias-biodata

Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd Ali, 41, berkata, sebagai senior dalam bidang tersebut dia merasakan adalah penting untuknya memberikan sokongan kepada pelawak wanita pelapis memandangkan bilangan mereka yang terlibat dalam industri komedi sangat kurang.

“Tercabar itu tidak pernah ada dalam senarai kerana lebih banyak pelawak wanita yang ingin mencuba mencuba nasib dalam bidang komedi adalah lebih baik kerana bilangan yang ada sekarang pun sangat kurang.

“Pelapis-pelapis inilah nanti akan mengambil tempat selepas kami bersara dan meneruskan perjuangan terdahulu yang diketengahkan seperti Norlia Ghani, Rosnah Mat Aris dan Wan Maimunah,” katanya kepada mStar Online.

Didie memenangi Artis Komedi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014 pada Ahad lalu menewaskan Jihan Muse, Dottie, Enot, dan Ifa Raziah. Baca lanjut di mStar

[signoff1]


Tolong Komen & Share