Wira Perkasa Malaysia hari ini menyokong penuh nasihat Tun Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ketua Wiranya, Irwan Fahmi Ideris berkata, nasihat Tun Mahathir itu adalah relevan dan ‘kena pada waktunya’.

Irwan turut menyatakan Najib gagal menjalankan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara selain menyalahkan Perdana Menteri yang tidak menjawab tohmahan Dr Mahathir.

“Kritikan Tun Mahathir adalah relevan. Pengalaman beliau selama 22 tahun sebagai pemerintah negara telah membuktikan bahawa Malaysia telah diangkat di mata dunia.

“Jasa Tun Mahathir kepada negara amat besar dan tidak ternilai. Sumbangan beliau terhadap agama, bangsa dan negara sangat berharga.

“Pembangunan pesat, penstrukturan ekonomi yang kukuh dan kehadiran di majlis-majlis rasmi serta kongres dunia telah membuktikan bahawa Tun Mahathir adalah seorang pemimpin yang berkaliber,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Oleh itu, jelas Irwan pihaknya akan terus ‘berdiri di belakang’ Tun Mahathir dan menggesa Perdana Menteri menjawab segala persoalan yang ditimbulkan.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya hanya mahu Najib jawab soalan rakyat‘]

Mutakhir ini, Dr Mahathir dilihat beberapa kali menegur Najib melalui tulisannya di blog chedet.cc, yang terbaharu menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14. Sinar Harian

Jawapan oleh penyokong Najib lapor Astro Awani:

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris dinasihat untuk segera menukar kepimpinan organisasi itu dahulu sebelum ‎meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan Perdana Menteri dengan apa sahaja alasan yang diberi.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menegaskan, Irwan seharusnya sedar terhadap kelemahan Perkasa selama ini dan tidak terlalu ghairah untuk mencari populariti murahan daripada isu blog bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE