GST ini bagus untuk Malaysia tetapi sebenarnya cara dan masa ia dilaksanakan sangat tidak kena dan paling bodoh tiadanya langkah strategik politik diplomasi disertakan bagi meredakan kebimbangan dan kritikan rakyat.

1. Antara langkah mudahnya ialah meletakkan kadar GST tinggi dan menurunkannya ketika rakyat membantah [anda akan kelihatan baik mendengar dengar dengar seperti kata PM]

2. Kedua memberi tempoh 3-6 bulan PERCUBAAN perlaksaan GST untuk mendapat input dari pengguna [anda dilihat bekerjasama dengan rakyat seperti kata PM rakyat didahulukan]

3. Ketiga tiada hanya satu bentakan dan pertunjukan kuasa mencukai sama halnya dengan mentaliti manusia yang dicatat dalam sejarah ‘The Lukut Masacres‘ yang mana akhirnya peniaga Cina juga dianggap rasis membunuh melayu.

Pelajaran hendaklah diambil dari tragedi ini dalam soal percukaian dan menjaga perasaan hamba rakyat yang mencari lebihan sesen dua untuk tabungan belanja keluarga. Bagi ahli parlimen si pembuat undang undang mudah sahaja apabila seakan dipancing kenaikan elaun bagi menunjukkan kesepakatan dan meredakan keresahan mereka di atas.

Bagaimana hamba rakyat yang bekerja penat lelah siang malam bukan seperti MP hanya menggunakan pengaruh dan air liur untuk hidup senang tanpa perlu hirau cukai setinggi mana pun?

Ada dua versi pemimpin melayu Raja Busu dan Raja Jumaat dalam sejarah Lukut ini yang mana satu bijak berhemat dan yang satu lagi mabuk wang tergopoh gapah melaksana keputusan. Klik link baca semua sudah tertulis…. by Ana Ghoib Mabuk Ketum Lagi Besar Dari Salah Aku – US Fort Knox gold is a myth and it works! Our 1MDB failed myth…

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan Najib mungkin membawa maksud Gasak Sampai Tergolek (GST) oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

by Badrulzaman Baharuddingst 6 jahanam filem melayu

Cerita kapal selam, Altantuya Shaariibuu dan Sirul Azhar Umar, 1MDB, jet peribadi dan kemewahan keluarga pemimpin negara sudah jadi rahsia umum.

Sampai hari ini, masih tiada jawapan kepada rakyat kecuali pemimpin-pemimpin Umno di bahagian dan MKT yang cukup berpuas hati.

Saya jangkakan kepimpinan Najib hanya akan disokong oleh majoriti ketua-ketua bahagian Umno sahaja selepas ini.

Saban hari ramai orang yang bertikam lidah menjelaskan kepada rakyat yang GST dibuat untuk rakyat, bukan untuk membebankan rakyat setelah berjaya dilaksanakan.

Saya menjangkakan GST “is a recipe for disaster” untuk kerajaan Barisan Nasional. Pemimpin- pemimpin Umno adalah liabiliti sebenar untuk parti mereka.

Kita jangkakan harga barang sudah tidak terkawal, peniaga ambil kesempatan sesuka hati buat untung dan mungkin sabotaj kerajaan, tanpa peduli nasib rakyat yang sememangnya sudah susah.

GST ini baik sebenarnya untuk ekonomi, jika tidak, mana mungkin banyak negara melaksanakannya. Tetapi di Malaysia bukan GST masalahnya, sebaliknya pelaksanaan dan peguatkuasaannya yang amat gagal sekali.

Rakyat sedang menunggu pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk melepaskan geram mereka. Nantikan saja akibatnya jika kebodohan pemimpin kerajaan ini berterusan.

6% ini nanti menjadi kayu ukur kejayaan atau kehancuran kerajaan pada PRU14 yang sudah tidak lama lagi.

Mungkin ketika itu pemimpin-pemimpin bahagian dan MKT Umno baru sedar yang jawatan tersebut adalah beban untuk mereka setelah mereka “sapu” segalanya. – 3 April, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Baca: Pandangan Dr Mahathir mengenai pemikiran ahli Umno waktu ini.

Thats not how cousins kiss, so don't piss on my foot and tell me its raining! - MRM
Thats not how cousins kiss, so don’t piss on my foot and tell me its raining! – MRM

[signoff2]

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share