KUALA LUMPUR 1 APRIL: Ketika Malaysia mula melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas rakyatnya hari ini, Sekretariat Kita Lawan menyambut langkah itu dengan mengumumkan Himpunan #KitaLawanGST pada 1 Mei nanti.

Dengan pelaksanaan ini, kata Sekretariat itu, rakyat kini berdepan tekanan cukai ketika pemimpin negara hidup kaya raya dan bersenang lenang.

“Hari ini bermulah pelaksanaan cukai GST. Mereka yang sebelum ini tidak membayar cukai pendapatan kerana gaji tidak cukup mahupun mereka yang sebelum ini tidak bekerja seperti mahasiswa, pelajar dan pesara kini berdepan dengan tekanan cukai.

“Malah rakyat biasa terpaksa mengurangkan perbelanjaan mereka bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup yang melampau sedangkan pemimpin negara terus bermewahan dan rakus menghabiskan dengan kekayaan negara,” kata mereka dalam kenyataan.

Lebih malang kata mereka, apabila orang di sekeliling lebih risau tentang kedudukan dan harta mereka sedangkan kesengsaraan rakyat langsung tidak dihiraukan.

Kerana itu, anak muda tampil ke hadapan untuk memberikan inspirasi dan harapan kepada rakyat bahawa keadaan ini perlu diubah dan boleh diubah.

Keutuhan gabungan anak muda #KitaLawan yang terdiri daripada parti politik, kumpulan masyarakat sivil, NGO, mahasiswa, pekerja dan profesional muda membuktikan.

“Yang pasti bulan April ini akan membuka mata seluruh rakyat Malaysia mengenai penindasan GST terhadap kita semua. Tempoh sebulan ini juga anak muda akan memberi suntikan semangat dan keberanian untuk kita semua bangkit.

Read more source Keadilan Daily

[signoff2]

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share