Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR akan bermesyuarat membincangkan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dalam masa terdekat. – Gambar Omak Kau

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima notis pemberitahuan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikir Amin Mulia hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sehubungan itu SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh tertentu berhubung proses pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dalam masa terdekat.Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf

Antara tarikh yang akan ditentukan dalam mesyuarat tersebut ialah penamaan calon, pengundian awal, pengundian biasa serta menentukan daftar pemilih bagi PRK tersebut selain memutuskan tarikh sebenar kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh bermula, katanya.

“Kalau mengikut peraturan, SPR perlu mengadakan mesyuarat tidak awal daripada empat hari dan tidak lebih daripada 10 hari (dari tarikh penerimaan pemakluman notis),” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.
Beliau turut menjelaskan menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari dari tarikh berlaku kekosongan.

Sementara itu, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan satu mesyuarat mengenai PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 8 April.

Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Aziz, pada pukul 10 pagi di ibu pejabat SPR di Kuala Lumpur, dan diikuti sidang media selepas itu.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh hari ini berkata Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui keluarga Anggota Parlimen Permatang Pauh itu.

Pada 24 Februari lepas, isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pandikar Amin, yang menerima surat memaklumkan keputusan petisyen pengampunan diraja itu hari ini, berkata selaras dengan keputusan Lembaga Pengampunan itu, maka Anwar telah hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen pada 16 Mac iaitu sebaik sahaja petisyen bagi pengampunan diputuskan. – Bernama

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share