Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berdepan dengan kritikan tajam ekoran amarannya terhadap pihak tertentu yang mengulas mengenai Islam tanpa ilmu, bakal berdepan siasatan.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli tertanya-tanya sama ada Khalid menganggap dirinya sebagai seorang ulama Islam.

“Jika hanya orang yang layak bercakap tentang agama, pengetahuan Islam kita tidak pernah dibincang dan dikembangkan, kecuali IGP rasa beliau adalah ulama terbaik, dan kami mesti patuh kepadanya,” katanya kepada pemberita di lobi perlimen hari ini.

Beliau yang juga MP Pandan berkata tidak ada peraturan yang menyatakan hanya individu tertentu yang dibenarkan membincangkan tentang agama itu. Malaysiakini

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share