Kisah unik laporan media hari ini ialah bagaimana Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengampun banduan dengan kemurahan hati baginda sama seperti raja raja di zaman silam yang mencontohi keadilan dan kasih sayang kepada rakyat – Gambar NSTP/Yazit Razali

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memberi pengampunan kepada 10 banduan yang menjalani hukuman mati kepada penjara seumur hidup dan sepanjang hayat sempena Hari Kemahkotaan baginda.

Turut mendapat pengampunan ialah seorang banduan lelaki jes juvenil pada 2004 disabitkan kesalahan membunuh selepas menghadap baginda di Istana Bukit Serene di sini Khamis lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim menjelaskan, tiga daripada 10 banduan yang mendapat pengampunan disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 diberi pengampunan dan diringankan daripada hukuman mati kepada penjara seumur hidup.

Katanya, tiga lagi banduan yang turut diberi pengampunan dan diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Menurut beliau, empat banduan lagi diberikan pengampunan dan diringankan kepada hukuman penjara sepanjang hayat dan menjelaskan, “Tiga daripadanya melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala seorang lagi melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.”

“Atas nasihat Lembaga Pengampunan Negeri Johor, Tuanku menitahkan supaya banduan lelaki (kes juvenil) diberi pengampunan dan dibebaskan dengan syarat dikehendaki menghadap baginda bersama ibu bapanya dan diiringi pegawai penjara bagi memastikan dia benar-benar insaf,” kata Ismail, lapor Utusan Malaysia.

Lihat video live istiadat hari kemahkotaan Sultan Johor ke 25 

Beliau berkata, Sultan Ibrahim berkenan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor pada 5 Mac lalu bagi mempertimbangkan pembebasan dan meringankan hukuman untuk beberapa banduan.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bersama tiga Ahli Lembaga Pengampunan Negeri Johor.

“Dalam mesyuarat berkenaan, Sultan Ibrahim berkenan menimbang 10 kes rayuan pengampunan hukuman mati di bawah Peraturan 114 Peraturan-Peraturan Penjara 2000 dan 13 kes Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan 54 Peraturan-Peraturan Penjara 2000,” katanya. Free Malaysia Today / MRM

[signoff1]


Tolong Komen & Share