Calon PAS, Ahmad Fathan [email protected] (kanan) diraikan oleh pencabar dari calon bebas Aslah Mamat sebaik diumumkan sebagai pemenang kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chempaka dengan undi sebanyak 10,899, di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kota Bharu. – Gambar The Malaysian Insider

PAS mengekalkan kedudukannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka apabila calonnya Ahmad Fathan [email protected], 42, memenangi pilihan raya kecil (PRK) tersebut dengan majoriti 10,092 undi.

Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya malam ini.

Ketua Urusan Ulama PAS itu mengalahkan 4 calon Bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59, Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.

Fathan memperolehi 10,899 undi sementara Sharif 807 undi, Fadzillah 89, Izat 51 dan Aslah 27.

PRK tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Februari lalu.

Barisan Nasional tidak bertanding pada PRK ini bagi memberi tumpuan kepada kerja pemulihan pasca banjir setelah Kelantan dilanda banjir luar biasa pada Disember lepas. TMI

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE