Leka dengar lagu, maut dilanggar keretapi Pelajar perempuan terbunuh selepas dilanggar keretapi ketika sedang leka mendengar lagu One Direction.

VALIEVO – SERBIA. Seorang pelajar perempuan terbunuh selepas dilanggar keretapi ketika sedang leka mendengar lagu dari kumpulan pujaannya, One Direction.

Ketika kejadian, Jana Djuric, 15, sedang berjalan pulang dari sekolah dengan seorang kawannya, menggunakan jalan pintas iaitu melalui landasan keretapi.

Rakannya, Valerija, 15, berkata kami sedang mendengar lagu One Direction dan dia kemudiannya mendahului saya berlari ke landasan keretapi.

“Landasan kereta api ditutup 10 bulan sebelum ini, dan kami tidak tahu ia sudah kembali beroperasi”.

“Jana menari dan menyayi dan kemudian tiba-tiba keretapi muncul dan melanggarnya”, katanya dipetik Mirror.uk.

Sementara itu, selepas menghentikan kereta api berkenaan, pemandu keretapi menelefon perkhidmatan kecemasan.

“Ibu bapa gadis itu telah dimaklumkan mengenai tragedi itu.” kata jurucakap polis.  SH / Agensi

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share