Australia, Canberra : Sehelai tuala lembap kecil pakai buang masih berbungkus dengan logo Malaysia Airlines (MAS) ditemui terdampar di pantai Australia Barat Julai lalu mungkin beri petunjuk di mana lokasi pesawat MH370, lapor media Australia, Nine News, 2 hari selepas ulang tahun pertama memperingati kehilangan pesawat malang itu.

Paket tuala kecil yang belum terbuka itu sudah dihantar ke Canberra untuk ujian lanjut.

Pasangan tempatan menemui tuala itu ketika berjalan di sepanjang pantai berkenaan pada 2 Julai tahun lalu berkata “ia tidak terbuka, dan keadaan itu luar kebiasaan”.

“Kami selalu cakap, ‘mari cari barang daripada MH370’,” kata Kingsley Miller, yang menemui tuala itu dengan pasangannya Vicki Miller.

https://www.youtube.com/watch?v=sRxII5MMpho

Mereka menyerahkan paket tuala itu kepada polis sebelum diserahkan kepada Pusat Agensi Penyelarasan Bersama di Canberra, yang mengetuai misi mencari pesawat itu di Lautan Hindi.

Pusat itu berkata, tuala itu tidak mungkin boleh dikaitkan dengan MH370 secara konklusif.

Tetapi pakar dilaporkan berkata, ada kemungkinan tidak berlaku kerosakan kepada pakej kecil itu walaupun ia menempuh perjalanan yang jauh.

Berita penemuan itu berlaku selepas pasukan siasatan MH370 Malaysia mengeluarkan laporan interim berhubung kehilangan pesawat itu pada 8 Mac, setahun selepas hilang bersama 239 penumpang di dalamnya.

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE