Pesawat penerbangan jarak jauh AirAsia X penerbangan XAX223 dari Sydney ke Kuala Lumpur mendarat cemas di lapangan terbang Melbourne selepas mengalami masalah teknikal.

Sistem pengendalian dan paparan peta pesawat itu gagal berfungsi, agensi penyiaran ABC Online memetik pihak berkuasa Australia.

Seorang jurucakap Perkhidmatan Udara Australia dilaporkan berkata juruterbang mengambil keputusan mendaratkan pesawat XAX223 sebagai langkah berjaga-jaga.
Pesawat itu, yang berlepas tengah hari waktu Sydney selamat mendarat jam 2 petang di Melbourne (11 pagi waktu Malaysia).

Sewaktu tiba di sana, ramai penumpang berasa tidak sihat dan muntah-muntah setelah berada di dalam pesawat kira-kira tiga, lapor portal 9News.com.

Mereka tidak dibenarkan meninggalkan pesawat, yang berada di atas landasan, walaupun meminta berbuat demikian berkali-kali sewaktu pemeriksaan teknikal dijalankan.

Portal itu melaporkan sistem pendingin hawa dimatikan yang menyebabkan keadaan panas panas di dalam pesawat tersebut.

Pesawat AirAsia XAX223 kemudian berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 5.15 petang (2.15pm waktu Malaysia) selepas tiga tergendalla, lapor portal 9News.com lagi.

Seorang jurucakap syarikat itu menegaskan pendaratan itu hanya “lencongan berjaga-jaga dan bukannya pendaratan cemas.”

Malaysiakini

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share