Australia: Proses penca­rian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lautan Hindi yang sehingga kini masih belum menemukan sebarang jejak, sebenarnya secara tidak langsung telah merungkai banyak misteri dasar laut di kawasan berkenaan.

Portal Sydney Morning Herald melaporkan, hasil proses peme­taan yang dijalankan di kawasan pencarian mendapati, terdapat sebuah gunung setinggi Gunung Kosciuszko di Wales, lembah sebesar Grand Canyon dan rabung laut sepanjang 34 kilometer yang tidak pernah diketahui sebelum ini.

Pakar Geosains Australia, Stuart Minchin berkata, sebelum ini maklumat tentang kawasan ber­kenaan dan kebanyakan kawasan laut dalam dunia datang dari imej satelit yang hanya memaparkan garisan kasar dasar laut.

Ketua Bahagian Geosains Alam Sekitar Australia, Dr. Minchin berkata, data yang diperoleh hasil daripada proses pencarian itu sa­ngat berguna kepada dunia geografi pada masa akan datang.

“Kami menemukan sisa gunung berapi dasar laut dengan ukuran diameter kira-kira 14 kilo­meter dan ketinggian 2.2 kilometer. Gambaran tentang gunung berapi itu sebelum ini sangat kabur.

“Apa yang kita lihat adalah dua plat tektonik iaitu Indo-Australia dan Antartika bergerak sehingga membentuk gunung berapi,” kata Minchin.
[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share