Malaysiakini dalam bahasa mudah menyampaikan apa yang cuba disembunyikan. Ramuan yang menjadi punca ketagihan pembaca sama seperti portal The Malaysian Insider.

Oh Alangkah seronoknya mengawal media dan pada akhirnya mengawal MINDA menentukan siapa tahu apa, siapa diperbodoh, siapa dipermain dan siapa jatuh naik dalam dunia. Paling bagus mengawal media boleh dijadikan bahan ugutan kepada kawan supaya setia jika tidak mahu dilondeh dan dibankrupkan.

Meski Malaysiakini adakalanya nakal dalam laporan berita politiknya namun secara keseluruhan ia bersama The Malaysian Insider adalah portal berita yang menunjukkan permukaan bulan dari sisi gelapnya.

Pembaca tentunya sudah muak dengan berita dan laporan dalam TIN yang seakan dihasilkan oleh robot atas arahan yang ada masanya baik untuk negara tetapi kini sudah sampai ditahap meleka dan membahayakan. Bayangkan jika Malaysiakini dan Malaysian Insider diterbitkan dalam edisi cetak? Tentunya bintang bintang malap akan jatuh berguguran – Ana Ghoib Syeikh Malaya

Laporan asal Malaysiakini:

Malaysiakini, portal berita bebas di negara ini, kembali menebus kedudukannya sebagai lamanweb berita di Malaysia yang paling banyak diakses sama ada melalui komputer meja atau komputer riba.

Menurut Malaysian Digital Association (MDA) dan laporan comScore bagi bulan Januari, Malaysiakini menduduki tempat pertama dengan sejumlah 1.25 juta pelawat unik bulanan.

The Star pula di tempat kedua dengan 1.16 juta pelawat unik manakala portal Melayu Harian Metro di tempat tiga (996,000), diikuti oleh The Malaysian Insider (951,000) dan sebuah lagi portal Melayu, Sinar Harian (773000).

Ini adalah kali pertama Malaysiakini menduduki tempat teratas sejak bulan Mei tahun lepas. Dalam tempoh tujuh bulan yang lalu, Malaysiakini mengekori sama ada The Star atau Harian Metro dan pada bulan-bulan tertentu, ia berada di belakang kedua-dua laman web itu.

Ketua pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan berkata ia merupakan satu cabaran yang semakin sengit untuk laman web langganan untuk mengekalkan kedudukan utamanya memandangkan pesaingnya merupakan laman percuma.

“Namun, kami memulakan tahun ini dengan langkah yang betul. Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kami dapat mengekalkan kedudukan nombor satu kami sepanjang 2015,” katanya.

Laman mudah alih dirombak

DIARI SEORANG PELAJAR IDIOT - ANA GHOIB - MAJALAH REVIEW MALAYSIA - MRM
DIARI SEORANG PELAJAR IDIOT – ANA GHOIB – MAJALAH REVIEW MALAYSIA – MRM

Menurut Gan, Malaysiakini, sebagai laman web berita sosio-politik, juga bergantung kepada iklim politik negara.

“Jika bahang politik meningkat, begitulah juga dengan trafik Malaysiakini.”

Beliau berkata portal itu baru sahaja merombak laman mudah alihnya dan mereka yang mempunyai telefon pintar boleh mengaksesnya melalui m.malaysiakini.com.

Dalam bulan-bulan yang akan datang, Malaysiakini akan mereka-bentuk semula laman desktop serta aplikasi mudah alih.

“Kami juga merancang untuk mengadakan mesyuarat kumpulan fokus dengan pelanggan setia kami untuk berjumpa dengan mereka dan mendapatkan maklum balas mengenai bagaimana kami dapat menyediakan yang terbaik untuk pembaca kami,” kata Gan.

MDA dan comScore, yang mengeluarkan laporan bulanan mereka, akan mengumumkan keputusan bagi bulan Februari dalam beberapa minggu yang akan datang.

MDA ditubuhkan pada bulan Disember 2009 untuk bertindak sebagai pemantau bagi pengiklanan digital dan industri pemasaran di Malaysia. Syarikat Amerika, comScore pula adalah salah satu peneraju global yang mengukur penonton digital dalam industri itu. Mkini

Ulasan: Malaysian Insider berada ditempat ke empat dan tidak mustahil ia juga akan mengikuti berada ditempat kedua selepas Malaysiakini jika menggunakan fungsi komen di Facebook berbanding pada waktu ini hanya menggunakan aplikasi Disqus di websitenya TMI. Viraliti komen melalui Facebook sangat tinggi namun walau apa pun content kejujuran juga diambil kira dan menarik pembaca untuk kembali ke mana mana laman web yang memberi informasi berguna. Semestinya bahan yang baik tersebar dari mulut ke mulut tahniah Malaysiakini dan semua portal berita Malaysia.

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share