Semut Malaysia lapor polis blog politik Sakmongkol Ak47 milik Ahli Parlimen DAP Datuk Ariff Sabri atas dakwaan menghasut kerana menulis isu liwat Anwar dan Sirul – Gambar Utusan

Pemantau Media Sosial Pasukan Sensible, Ethical Malaysian United Team (Semut) Malaysia meminta polis menyiasat penulis blog ‘Sakmongkol AK47’ yang didakwa menulis artikel berbaur fitnah dan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan.

Pengerusinya, Zaparudin Abd Rahim berkata artikel bertajuk ‘The White and Black Minstrel Show will end as a huge embarrassment’ itu dan disiarkan di laman portal ‘The Malaysian Insider’ pada 22 Februari lepas didakwa cuba membangkitkan semangat protes jalanan dan mencetus kemarahan rakyat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap penulis blog tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 11 pagi ini.

“Justeru kami memohon pihak polis menyiasat artikel ini di bawah mana-mana peraturan yang berkenaan selaras dengan kedaulatan undang-undang serta keluhuran perlembagaan demokrasi berparlimen negara di bawah naungan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya. – Bernama

Petikan laporan Utusan:

Mengulas lanjut, Zaparudin berkata, pihaknya juga mahu tindakan diambil terhadap blogger tersebut kerana artikel itu didakwanya jelas menghina mahkamah dan memperlekehkan pasukan penguatkuasaan negara.
Katanya, ini terbukti menerusi kenyataan dalam artikel itu yang berbunyi ‘As we know, the ones who did that are the two policemen – whom as the courts and the law enforcement agencies would have us believe, on a frolic on their own, suddenly thought of killing someone today’.

Dakwanya, artikel itu adalah satu pembohongan bagi mengelirukan rakyat berhubung keputusan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut disiarkan oleh sebuah portal berita, The Malaysian Insider baru-baru ini.

“Artikel itu bukan sahaja berunsur fitnah dan bohong, malah berbaur hasutan supaya rakyat menggulingkan kerajaan tanpa melalui proses demokrasi seperti tercatat pada ayat terakhir ‘Once we have Federal power, we don’t need to go before King to free Anwar”.

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE